Rasulullah SAW

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab:56]

Selawat kita umat Muhammad kepada nabi kita merupakan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Dengan berselawat, kita juga mengakui kerasulannya dan mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh baginda. Sebenarnya Nabi Muhammad tidak memerlukan selawat-selawat daripada kita yang memohon Allah memberi keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Beliau sudahpun disebut sebagai manusia dan rasul yang paling utama. Tetapi dengan berselawat, kitalah yang akan mendapat manfaatnya. Kita akan mendapat pahala dan keberkatan serta dapat mendekatkan hati kita kepada baginda.

Masjidil Nabawi di Madinatul Munawwarah. Di dalam masjid inilah terletaknya Makam Rasulullah SAW bersama 2 orang sahabatnya Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq RA & Saiyyidina Umar Al-Khattab RA.

KELEBIHAN ZIARAH MADINAH :

Antara kelebihan menziarahi Madinah terlalu banyak yang antaranya :

Kelebihan dalam beribadat :

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

” Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram “

( Sahih Bukhari dan Muslim )

” Sesiapa bersolat 40 waktu solat di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada azabnya dan terlepas dari bahaya nifaq. “

( SahihSunan at-Tarmizi )

Jumhur ulama berpendapat : semua bangunan tambahan selepas zaman Rasulullah saw. adalah termasuk dalam ” masjidku “. Ini bermakna sesiapa yang bersolat di mana-mana bahagian tersebut tetap akan mendapat ganjaran seribu kali ganda.

Kelebihan menanggung kesusahan :

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

” Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya di Hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya. “

( Riwayat Muslim )

Lau Kana Bainana Habib
لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

meanings:
If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist

Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)

credit to http://ilhamnadiah.blogspot.com

Download
Ringtone

Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: