Alifah – Kuda Sambrani

Alifah – Kuda dari jenis Sambrani.

Aku Rasa Malu Menunggang Kuda

Sedari kecil dia sudah merasai kesulitan dan kesempitan hidup. Dia mencari rezeki dengan usahanya sendiri. Dia bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang berada. Pernah dia menjual kayu bumbung rumahnya yang gugur bagi memenuhi belanja seharian.

Ujian kesusahan itu merupakan didikan langsung dari Allah dalam membentuk peribadinya yang mulia. Walaupun hidup susah, dia tidak pernah mengeluh apalagi meminta-minta. Baginya, cukuplah Allah sebagai Penolong dan sebaik-baik Pelindung.

Itulah peribadi Imam Malik r.h.m., setelah dewasa dia menjadi seorang yang tawadhuk dan pemurah. Lebih-lebih lagi sebagai ulama yang terkenal, beliau sering menerima hadiah-hadiah dari orang ramai, termasuk dari khalifah – Khalifah Abu Jaafar Al Mansur dan Khalifah Harun Ar Rasyid. Imam Malik tidak sedikit pun terpengaruh dengan dunia. Jauh sekali untuk menumpuk-numpuk harta.

Baginya harta benda dunia bukanlah suatu aset yang berharga sebagaimana anggapan orang lain. Aset yang sebenarnya ialah Tuhan. Siapa yang mendapat Tuhan, dia telah mendapat segala-galanya . Justeru itu, segala harta benda dunia yang diperolehinya itu terus dibahagi-bahagikan kepada orang ramai, terutama kepada orang yang benar-benar memerlukan. Tanpa dilantik sesiapa, beliau berperanan sebagai `bank` kepada semua.

Demikianlah pemurahnya ulama pewaris nabi itu. Tawadhuknya pula amat ketara. Pernah tercatat suatu peristiwa tatkala seorang muridnya menziarahi beliau. Murid itu tidak lain tidak bukan adalah Imam Syafi`i yang ketika itu masih kecil. Terpandang Imam Syafi`i akan seekor kuda sambrani tertambat di hadapan rumah gurunya. Kuda itu rupanya hadiah daripada seseorang.

Tiba-tiba terpacul Imam Malik dari dalam rumahnya. Sambil tersenyum, Imam Malik berkata, “Kuhadiahkan kuda itu kepadamu.”

Imam Syafi`i terkejut lalu berkata, “Terima kasih wahai Imam. Tetapi ambillah ia buat kegunaan tuan. Selama ini aku melihat tuan berjalan kaki sahaja ke sana ke mari.”

Kata Imam Malik, “Tidak. Demi Allah, saya tidak akan menunggang kuda ini.”

“Kenapa tuan?” tanya Imam Syafi`i.

“Sesungguhnya aku malu untuk menunggang kuda ini dengan menginjak-injakkan kakinya di atas bumi, di mana di dalam perut bumi ini ada jasad Rasulullah.”

Demikianlah hati Imam Malik yang begitu kasih, cinta dan hormat kepada Rasulullah sekalipun baginda sudah tiada.

Sumber : Kawan Sejati

Categories: AbuFawwaz | Tinggalkan komen

Tahajjud Pengubat Kanser

Tahajjud Pengubat Kanser

Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Munurut hasil peneliian Dr. Mohammad Soleh, dosen IAIN Surabaya, salah satu solat sunnah itu dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser

Tidak percaya? “Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser”, ucap soleh. Ayah dua anak itu bukan “tukang obat” jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam desertasinya yang bejudul “Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi”. Dengan desertasi itu, Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipertahankannya. Selama ini, menurut Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medis solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi posetif, serta dapat mengefektifkan kemampuan individu untuk menanggulangi masalah yang dihadapi. Solat tahajjud yang dimaksudkan Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan pada sisi rutinitas solat, ketetapan gerakan, kekusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental psikis.

 Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai miseri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui sekrasi hormon kortisol. Parameternya, lanjut Soleh, bisa di ukur dengan kondisi tubuh. Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya antara 38-690 nml/liter. Sedang pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam normalnya antara 69-345nml/liter. “Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, bisa diindikasikan orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitu sebaliknya”. Ujarnya seraya menegaskan temuannya ini yang mambantah paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata dogma atau dogtrin.

 Soleh mendasarkan temuannya itu melalui satu penelitian terhadap 41 responden sisa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya. Drp 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir. Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya ditemukan bahwa kondsi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud. Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil. “Jadi solat tahajjud selain bernilai ibadah, juga sekaligus sarat dengan muatan psikologis yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi. Dengan cara memperbaiki persersi dan motivasi positif dan coping yang efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees,” Nah, menurut Soleh, orang yang strees(tekanan) itu biasanya retan sekali terhadap penyakit kanser dan infeksi. Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar drp penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan hitungan teknik medis menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik

 “Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah”: (Al-Kautsar: 2) Sebuah buki bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Haruskan kita menunggu untuk masuk ke akal kita?”

 Anda ingin beramal soleh….? Kirimkan teks ini kepada rakan-rakan atau saudara muslim yang lainnya yang anda kenali”   Wasalam…..

Categories: Dari Emel | 2 Komen

CINTA TUHAN PENGIKAT CINTA MANUSIA

 
CINTA TUHAN PENGIKAT CINTA MANUSIA
KASIH SAYANG adalah fitrah manusia semula jadi manusia
Ia adalah makanan jiwa
Penyubur jiwa, penceria muka
Sangat diperlukan oleh setiap hati insan
Setiap orang tidak kira bagaimana kedudukan, sangat berhajat kepadanya
Makanan jiwa lebih diperlukan daripada makanan fizikal
Kerana darinyalah sebahagian daripada sumber kebahagian manusia
Dari kasih sayang manusia bersaudara,
Bertimbang-rasa, bermaaf-maafan dan boleh bekerjasama
Suburnya kasih sayang fakir miskin terbela
Perikemanusiaan wujud, kemesraan sentiasa berbunga
Mudah bertolak ansur didalam setiap perkara
Dari kasih sayang, hasad dengki kurang
Kata-mengata, hina-menghina jarang berlaku dikalangan manusia
Suburkanlah KASIH SAYANG!
Bermula daripada mencintai Tuhan pencipta manusia
Cintakan Tuhan adalah anak kunci cintakan sesama manusia
Ertinya cintakan Tuhan mengikat hati manusia sesama mereka
Cinta sesama manusia tidak akan wujud oleh harta
Tidak akan berlaku dengan sebab ilmu atau pangkat
Tidak akan terjadi dengan hanya slogan-slogan
Juga tidak akan berlaku hanya di majlis-majlis makan
Oleh itu siapa sahaja yang inginkan, memperjuangkan perpaduan
Perjuangkanlah KASIH SAYANG…
Dengan memperjuangkan, cintakan Tuhan (khawariqul ‘alam)
Cintakan Tuhan adalah menjadi pengikat cinta sesama manusia
Categories: Sajak | 1 Komen

BERJUANGLAH ATAS DASAR CINTAKAN TUHAN

 
BERJUANGLAH ATAS DASAR CINTAKAN TUHAN.
BERJUANGLAH atas dasar cintakan Tuhan
Atau berjuanglah atas dasar takutkan yang Maha Pencipta
Membangunlah atas dasar tuntutan Tuhan
Berekonomilah atas dasar perintah Tuhan yang Maha Esa
Berpendidikanlah atas dasar cintakan Tuhan
Bahkan, buatlah apa sahaja tapi untuk Tuhan dan kerana Tuhan
Barulah segala apa yang dihasilkan selamat-menyelamatkan
Bahagia dan membahagiakan sesama manusia
Bahkan segala yang dihasilkan itu akan menjadi
lambang kebesaran Tuhan.
Ia akan menjadi ‘ayat min ayatillah’
Dari buah usaha dan perjuangan itu
nampak kebesaran Allah SWT.
Manusia akan bersyukur dan malu kepada-Nya
Dan manusia akan merendah diri dihadapan Kebesaran Tuhan.
Di waktu itu yang terasa Allahlah yang Maha Kuasa,
Maha Besar dan Maha Agung.
Tapi apabila manusia itu berusaha dan berjuang
tidak ada hubung kait dengan Tuhan
Maka akan berlakulah nanti hasil dari usaha dan perjuangan
itu sebagai tuhan.
Walaupun manusia tidak mengatakan itu tuhan
Matlamat yang telah dicapai itu,
manusia bertuhankan benda itu.
Jadi, manusia itu sama ada disedari atau tidak
telah bertuhankan benda.
Kerana itulah, apabila benda itu sudah tidak boleh
menyelamatkan manusia lagi.
Manusia akan jemu, resah dan gelisah
bahkan kecewa dan putus asa.
Categories: Sajak | Tinggalkan komen

Salah Faham Tentang Dosa

Takutilah Dosa-Dosa Batin

Suatu masa dulu ada seorang lelaki yang pernah melakukan dosa besar. Dia merasa berdosa, menyesali dan menangisi dosanya itu setiap hari selama 20 tahun sehingga matanya rabun dan dadanya terasa pedih kerana terlalu banyak menangis.

Bertaubat seperti ini merupakan satu ibadah yang baik. Takutnya kepada Tuhan itu akan menjadi syafaat bagi dia di dunia dan di akhirat. Ini lebih besar dari solat dan puasa sunat. Sebab tujuan taubatnya tercapai iaitu mendapat rasa hamba. Ini satu anugerah dan Tuhan, sebab bukan mudah untuk mengingati apalagi menyesali dosa-dosa yang pernah kita buat berpuluh tahun yang lalu.

Pada suatu hari Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, “Apakah ada umatmu yang nanti dapat masuk Syurga tanpa hisab?”

Jawab baginda, ” Ada, iaitu orang yang mengenang dosanya lulu dia menangis.”

Ada juga hamba Allah yang terlalu tajam rasa bertuhannya sehingga setiap kali selesai membuat kebaikan menurut ukuran manusia biasa, dia segera bertaubat kerana dia merasa kebaikan yang dia buat itu tidak sempurna. Dia merasa kebaikan yang dia buat itu tidak ikhlas kerana Allah, terselit kepentingan-kepentingan lain atau dia merasa tidak beradab kepada Tuhan yang sentiasa mengawasinya dalam membuat kebaikan itu. Dia terasa yang dia buat itu bukan suatu kebaikan tetapi suatu kederhakaan kepada Tuhan walaupun secara lahirnya ia suatu kebaikan. Hamba seperti ini sentiasa merasakan dirinya berdosa dan ibadah-ibadahnya tidak sempurna. Tanpa anugerah dari Allah, sangat sukar bagi manusia untuk memiliki sifat kehambaan yang halus seperti ini. Sangat sukar untuk mengesannya, ia memerlukan pandangan mata batin, tidak cukup dengan mata lahir dan akal saja

Kadang-kadang suatu amalan nampak baik oleh mata dan akal tetapi kalau diperhalusi dengan hati yang tajam ternyata suatu kejahatan. Contohnya, mengerjakan solat. Mata lahir mengatakan baik, akal pun berkata demikian juga. Tapi kalau kita tanya hati, susah untuk memberi jawapan baik atau tidak baik.

Kalau lepas mengerjakan solat, hati kita rasa senang, rasa selamat dengan solat itu, maka rosaklah ibadah kita itu. Selepas solat dipuji orang, hati pun rasa bangga dan berbunga, habislah semuanya. Itulah yang dimaksudkan ibadah itu menjadi hijab dan dosa. Mana boleh selepas solat kita rasa senang dan tenang. Patutnya kita rasa takut dan cemas sebab solat kita tidak sempurna, ada lalai dan cacat di sepanjang solat. Hati sepatutnya bertanya-tanya, solat aku ini Tuhan terima atau tidak? Tuhan redha atau tidak? Tuhan tidak pandang mata dan akal, tetapi Tuhan pandang hati manusia walaupun ibadah lahir mesti dibuat. Firman Allah Taala:
Terjemahannya: “Hari Qiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) di mana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat.” (Asy Syuara`: 88 – 89)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim)

Sebenarnya ketika menghadap Tuhan kita sedang menghadap Raja dari segala raja. Sebab itu bagi orang yang betul-betul faham, ketika dia hendak solat dia bimbang dan gelisah takut tidak beradab di hadapan Raja segala raja. Macam raja besar dunia hendak memanggil kita rakyat biasa ke istana, tentu kita ada rasa takut dan cemas, bertanya sana sini tentang tatacara dan sopan-santun menghadap raja. Apa pantang larangnya. Waktu pergi, sebelum menghadap sudah susah hati dan bimbang, waktu sedang menghadap pun susah hati dan bimbang. Selepas menghadap pun susah hati dan bimbang, takut kita sudah tidak beradab dan kurang ajar di hadapan raja. Begitulah rasa hati rakyat jelata yang dipanggil menghadap ke istana raja besar.

Tuhan adalah Raja dari segala raja. Patutnya kita lebih merasakan susah hati dan bimbang ketika menghadap-Nya dibanding dengan menghadap raja besar manusia tadi. Apakah hati kita merasakan ini? Kalau tidak rasa begitu, benarkah kita telah beribadah kepada Tuhan dan menyembah-Nya? Kalau hatinya betul-betul ikut solat atau dengan kata lain dia sangat menghayati solatnya, maka hatinya akan takut, bimbang dan cemas.

Bagi orang yang kenal dan faham Tuhan, maka sebelum mengerjakan solat hatinya sudah gelisah. Orang lain tidak nampak hatinya yang gelisah. Setelah solat dia merasa betapa telah tidak beradabnya dia ketika berhadapan dengan Tuhan yang Maha Besar itu. Sebab itu selepas solat sebelum berdoa mengajukan berbagai permintaan kepada Allah, dia bertaubat dahulu, beristighfar dahulu di atas dosa solatnya yang tidak sempurna. Atau setidak-tidaknya dia rasa bimbang dan cemas. Barulah setelah itu dia berterima kasih kepada Allah yang telah memberinya kekuatan untuk menyembah-Nya dan dengan penuh harap dia berdoa kepada Allah.

Itulah yang dimaksudkan kadang-kadang kita tidak sedar kebaikan yang kita buat berubah menjadi kejahatan. Solat kita yang lalai dan tidak sempurna itu telah membuat kita rasa senang dan selamat, padahal dia membuat kita terhijab dari rahmat Tuhan. Dosa-dosa batin ini sangat halus, susah dikesan dan dirasa. Orang yang secara lahirnya membuat kebaikan tetapi terhijab dari rahmat Tuhan, susah untuk dia bertaubat. Kalau kesalahan yang lahir misalnya minum arak dan berjudi, mudah manusia mengesannya sehingga mereka dapat segera bertaubat. Tetapi kesalahan dan dosa batin sangat susah dikesan apalagi untuk bertaubat.

Cuba kita tanya orang yang solat. Bagaimana solat saudara tadi? Kalau dia kata, “Alhamdulillah ” dengan senang hati dan rasa selamat dengan ibadahnya, tanpa ada rasa berdosa, sebenarnya dia sedang membuat satu dosa batin. Orang dulu walau takut dengan dosa lahir, tetapi mereka lebih takut dengan dosa-dosa batin. Di celah-celah ibadah dan kebaikan ada dosa, ada tidak beradab dengan Tuhan.

Sebab itu ada Hadis yang menyebutkan bahawa seorang hamba menjadi wali Allah bukan kerana faktor solat dia yang banyak, baca Quran yang banyak, tetapi kerana hatinya sangat halus dengan Tuhan. Orang yang beribadah kerana fadhilat, inginkan Syurga atau kerana takutkan Neraka, selalu tertipu. Hati dia rasa senang dan selamat dengan ibadahnya. Tidak risau, bimbang dan cemas apakah ibadahnya diterima Tuhan atau tidak. Ibadah orang-orang yang mengejar fadhilat ini tidak akan memberi kesan dalam kehidupannya sehari-hari. Tidak ada bezanya antara yang orang yang beribadah dengan yang tidak.

Soal rasa dan hati ini sangat sulit dan halus. Para Sahabat secara umum memiliki hati yang tajam. Sayidina Umar bin Khattab r.a. memiliki rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang tinggi sehingga begitu bimbang dengan keselamatan dirinya. Kalau dia berjumpa dengan Abu Huzaifah r.a. yang Allah anugerahkan pandangan batinyang tajam, dia akan bertanya, “Wahai Abu Huzaifah, apakah aku ini orang munafik?”

Pada kesempatan lain ia berkata pada dirinya, “Kalaulah ada penghuni Neraka yang Allah ampunkan dan beri rahmat-Nya kemudian Allah masukkan ke dalam Syurga, aku harap akulah orang terakhir yang Allah keluarkan dari Neraka itu.” I

itulah kebimbangan dan kecemasan orang bertaqwa. Mereka tenang dengan dunia, kemiskinan, kesusahan dan lain-lain tetapi sangat sensitif dan cemas dengan dosa-dosa kepada Tuhan. Hati mereka harap dan takut pada Tuhan.

Apa yang dimaksud dengan harap dan takut? Tanda berharap adalah dia berbuat dan tidak putus asa. Dia mengharap rahmat Allah. Tanda takut adalah dia sudah berbuat, tetapi takut dan cemas Tuhan tidak terima amalan dan taubatnya. Jadi harap itu ada asasnya. Berharap di atas perbuatan dan amalannya, dia baik sangka dengan Tuhan. Bila sudah berbuat hatinya bimbang juga, sebab yang kita buat amalan yang lahir. Yang batin kita tidak nampak tapi Tuhan tahu. Mungkin ada kesalahan yang kita tidak sedar. Kita rasa sudah tidak ada masalah.

Di situlah perlu ada takut. Jadi takut di sini ada hubung kait dengan kita merendah diri di hadapan Tuhan. Seolah kita mengaku, Walau aku sudah berbuat tetapi tidak sempurna. Engkau Maha Tahu. Sebab itu aku takut, cemas. Aku sudah berbuat yang lahir, tetapi ada yang batin. Aku tidak tahu yang batin ini.

Adanya perasaan takut ini menunjukkan ada benda lain dalam hatinya iaitu rendah diri dan tawaduk. Kalau tidak tawaduk, tidak akan lahir rasa takut Tuhan tidak terima. Sebaliknya dia akan rasa yakin seluruh amalannya diterima Tuhan. Dia akan rasa selamat. Rasa ini menafikan rasa kehambaan. Lebih jauh dari itu keyakinan yang terlalu kuat bahawa amalannya diterima Tuhan, selain merupakan dosa batin, ia dapat menggelincirkan tauhid seseorang sebab orang tersebut merasa seolah-olah pandangannya sudah sama dengan pandangan Tuhan.

Satu jenis tipuan lagi adalah perasaan tenang dan steady dengan dosa yang dibuat baik dosa lahir mahupun dosa batin. Dia rasa tenang itu kerana dia tahu bahawa Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Mengapa ini disebut satu tipuan?

Memang benar dan tepat bahawa Allah Maha Pengasih dan Penyayang, tetapi perasaan tenang, steady dan tidak susah hati dengan dosa itu yang salah. Seolah-olah tidak perlu sungguh-sungguh bertaubat atas dosa sebab Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dia yakin Allah akan mengampunkannya walau tidak sungguh-sungguh bertaubat.

Mengampunkan atau tidak itu hak Allah, tetapi memiliki keyakinan ini yang salah bahkan dapat merosakkan tauhid sebab sudah jelas disebut dalam berbagai ayat Quran dan Hadis bahawa Allah murka dan marah kepada hamba-hamba yang berdosa dan tidak sungguh-sungguh bertaubat atas dosa-dosanya. Perkara yang halus dan seni-seni seperti inilah susah untuk difahami kalau kita tidak ada ilmu tasawuf serta tidak dipimpin dan disuluh oleh seorang guru mursyid.

Sekian.

Categories: Panduan | Tinggalkan komen

Hebatnya Al-Quran

 

Hebatnya Al-Quran

1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya.
( Riwayat Muslim )

3. Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
( Riwayat Bukhari )

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.
( Riwayat Bukhari & Muslim )

5. Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.
( Riwayat Bukhari & Muslim )

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.
( Riwayat Muslim )

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.
( Riwayat Bukhari & Muslim )

8. Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.
( Riwayat Bukhari & Muslim )

9. Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.
( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )

10. Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.
( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

11. Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.
( Riwayat Muslim )

12. Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.
( Riwayat Muslim )

13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.
( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie & Ibnu Majah )

14. Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya.
( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )

15. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

Keterangan Al-Quran

KELEBIHAN AL-QURAN

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.

Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

PAHALA MEMBACA AL-QURAN

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.

Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

ADAB MEMBACA AL-QURAN

Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:

1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A’uzubillahiminasy-syaitannirrajim).
Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.

10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).
Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.

11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.
Firman Allah S.W.T:

Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.
(Surah Al-Furqan: 32)
Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.
(Surah Al-Muzammmil: 4)

Pengertian Tartil pada bahasa:

Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.

Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.

Saidina Ali k.w berkata:

Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.

13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.
Allah S.W.T. berfirman:

Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
(Surah Al-Israi’: 9)

Firman Allah S.W.T.:

Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.
(Surah Al-Isra’: 82)

Firman Allah S.W.T. lagi:

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.

16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.
Berkata Mujahid:
Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.

17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:
Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:

Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.

19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
(Sadaqallahul’azim).

20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:
Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.

SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN
Nombor Surah Nama Surah Bilangan Ayat Tempat Turun Ayat Tertib Penurunan Ayat
1 Al-Faatihah 7 Makkiyyah 5
2 Al-Baqarah 286 Madaniyyah 87
3 Al-Imraan 200 Madaniyyah 89
4 An-Nisaa’ 176 Madaniyyah 92
5 Al-Maa’idah 120 Madaniyyah 112
6 Al-An’aam 165 Makkiyyah 55
7 Al A’Raf 206 Makkiyyah 39
8 Al-Anfaal 75 Madaniyyah 88
9 At-Taubah 129 Madaniyyah 113
10 Yunus 109 Makkiyyah 51
11 Hud 123 Makkiyyah 52
12 Yusuf 111 Makkiyyah 53
13 Ar-Ra’d 43 Madaniyyah 96
14 Ibrahim 52 Makkiyyah 72
15 Al-Hijr 99 Makkiyyah 54
16 An-Nahl 128 Makkiyyah 70
17 Al- Israa’ 111 Makkiyyah 50
18 Al-Kahfi 110 Makkiyyah 69
19 Maryam 98 Makkiyyah 44
20 Taha 135 Makkiyyah 45
21 Al-Anbiyaa’ 112 Makkiyyah 73
22 Al-Hajj 78 Madaniyyah 103
23 Al-Mu’minuun 118 Makkiyyah 74
24 An-Nur 64 Madaniyyah 102
25 Al-Furqaan 77 Makkiyyah 42
26 Asy-Syu’araa’ 227 Makkiyyah 47
27 An-Naml 93 Makkiyyah 48
28 Al-Qasas 88 Makkiyyah 49
29 Al-’Ankabuut 69 Makkiyyah 85
30 Ar-Ruum 60 Makkiyyah 84
31 Luqman 34 Makkiyyah 57
32 As-Sajdah 30 Makkiyyah 75
33 Al-Ahzaab 73 Madaniyyah 90
34 Saba’ 54 Makkiyyah 58
35 Faatir 45 Makkiyyah 43
36 Yaa siin 83 Makkiyyah 41
37 As-Saaffaat 182 Makkiyyah 56
38 Saad 88 Makkiyyah 38
39 Az-Zumar 75 Makkiyyah 59
40 Al Mu’min 85 Makkiyyah 60
41 Fussilat 54 Makkiyyah 61
42 Asy Syura 53 Makkiyyah 62
43 Az-Zukhruf 89 Makkiyyah 63
44 Ad-Dukhaan 59 Makkiyyah 64
45 Al-Jaathiyah 37 Makkiyyah 65
46 Al-Ahqaaf 35 Makkiyyah 66
47 Muhammad 38 Madaniyyah 95
48 Al-Fat-h 29 Madaniyyah 111
49 Al-Hujuraat 18 Madaniyyah 106
50 Qaaf 45 Makkiyyah 34
51 Adz-Dzaariyaat 60 Makkiyyah 67
52 At-Tuur 49 Makkiyyah 76
53 An-Najm 62 Makkiyyah 23
54 Al-Qamar 55 Makkiyyah 37
55 Ar-Rahmaan 78 Madaniyyah 97
56 Al-Waaqi’ah 96 Makkiyyah 46
57 Al-Hadiid 29 Madaniyyah 94
58 Al-Mujaadalah 22 Madaniyyah 105
59 Al-Hasyr 24 Madaniyyah 101
60 Al-Mumtahanah 13 Madaniyyah 91
61 As-Saff 14 Madaniyyah 109
62 Al-Jumu’ah 11 Madaniyyah 110
63 Al-Munaafiquun 11 Madaniyyah 104
64 At-Taghaabun 18 Madaniyyah 108
65 At-Talaaq 12 Madaniyyah 99
66 At-Tahriim 12 Madaniyyah 107
67 Al-Mulk 30 Makkiyyah 77
68 Al-Qalam 52 Makkiyyah 2
69 Al-Haaqqah 52 Makkiyyah 78
70 Al-Ma’aarij 44 Makkiyyah 79
71 Nuh 28 Makkiyyah 71
72 Al-Jinn 28 Makkiyyah 40
73 Al-Muzzammil 20 Makkiyyah 3
74 Al-Muddaththir 56 Makkiyyah 4
75 Al-Qiyamah 40 Makkiyyah 31
76 Al-Insaan 31 Madaniyyah 98
77 Al- Mursalaat 50 Makkiyyah 33
78 An-Naba’ 40 Makkiyyah 80
79 An-Naazi’aat 46 Makkiyyah 81
80 ‘Abasa 42 Makkiyyah 24
81 At-Takwiir 29 Makkiyyah 7
82 Al- Infitaar 19 Makkiyyah 82
83 Al-Mutaffifiin 36 Makkiyyah 86
84 Al-Insyiqaaq 25 Makkiyyah 83
85 Al-Buruuj 22 Makkiyyah 27
86 At-Taariq 17 Makkiyyah 36
87 Al-A’laa 19 Makkiyyah 8
88 Al-Ghaasyiyah 26 Makkiyyah 68
89 Al-Fajr 30 Makkiyyah 10
90 Al-Balad 20 Makkiyyah 35
91 Asy-Syams 15 Makkiyyah 26
92 Al-Lail 21 Makkiyyah 9
93 Adh-Dhuha 11 Makkiyyah 11
94 Al-Insyiraah 8 Makkiyyah 12
95 At-Tiin 8 Makkiyyah 28
96 Al-’Alaq 19 Makkiyyah 1
97 Al-Qadr 5 Makkiyyah 25
98 Al-Bayyinah 8 Madaniyyah 100
99 Az-Zalzalah 8 Madaniyyah 93
100 Al- ‘Aadiyaat 11 Makkiyyah 14
101 Al-Qaari’ah 11 Makkiyyah 30
102 At-Takaathur 8 Makkiyyah 16
103 Al- ‘Asr 3 Makkiyyah 13
104 Al- Humazah 9 Makkiyyah 32
105 Al- Fiil 5 Makkiyyah 19
106 Quraisy 4 Makkiyyah 29
107 Al- Maa’uun 7 Makkiyyah 17
108 Al- Kauthar 3 Makkiyyah 15
109 Al Kaafiruun 6 Makkiyyah 18
110 An Nasr 3 Madaniyyah 114
111 Al- Masad 5 Makkiyyah 6
112 Al- Ikhlaas 4 Makkiyyah 22
113 Al- Falaq 5 Makkiyyah 20
114 An- Naas 6 Makkiyyah 21

PERINGATAN

1. Pembacaan Bismillah diambilkira sebagai ayat dalam surah AL-FAATIHAH.

2. Surah At-Taubah pada asalnya tidak dimulakan dengan Bismillah.

3. Jumlah Surah ialah 114

5. Jumlah Surah Makkiyyah ialah 86

6. Jumlah Surah Madaniyyah ialah 28

7. Jumlah ayat ialah 6239

Categories: Panduan | 1 Komen

PERANAN SAINS MENURUT ISLAM

 

Sebenarnya, bukan sahaja sains dan teknologi yang Tuhan ketahui. Karena Tuhan hendak menjadikan manusia ini sebagai hamba dan menjadikan khalifah mentadbir dunia maka Tuhan tahu apa yang mesti dibekalkan. Jadi Tuhan datangkan manusia ke dunia bukan dengan tangan kosong. Tapi Tuhan siapkan khazanah, aset kekayaan baik yang bersifat material atau pun berupa ilmu sains. Supaya khazanah-khazanah dan kekayaan itu, segala kepandaian itu yang Tuhan izinkan manusia menguasainya, dapat digunakan untuk hamba-hamba Allah juga. Supaya dibagi-bagikan, supaya dimanfaatkan untuk hamba-hamba Allah, supaya benda-benda itu dikhidmatkan kepada manusia.

Jadi melalui peranan hamba dan khalifah tadi dengan kekayaan, bahan-bahan, aset-aset, yang diberikan Tuhan, merekapun memanfaatkan untuk seluruh manusia. Maka akan timbullah kasih sayang diantara manusia yang ramai dan lemah ini supaya manusia yang sedikit dan kuat itu dapat memberikan khidmat dan manfaat. Maka terjadilah kasih sayang antara 2 kelompok, hidup harmoni dan bahagia. Jadi soal sains dan teknologi berdiri sendiri. Tuhan jadikan semua itu sebagai alat, sebagai perhubungan supaya lahir kasih sayang antara sesama manusia.

Namun, manusia, yang memang pun dijuluki ‘insan’, yang artinya pelupa, kebanyakan manusia lupa bahwa alat-alat tersebut, baik berupa ilmu, material, Tuhan berikan untuk dijadikan alat kasih sayang. Padahal Allah yang Maha Pengasih, Penyayang, sentiasa mengingatkan manusia sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam, di akhir ibadah asas penghambaan manusia pada Tuhan, yaitu solat, Allah ingatkan manusia untuk memberi salam ke sebelah kiri dan ke sebelah kanan. Seolah Tuhan ingatkan, ‘Lepas ini buktikan penghambaan engkau kepadaKu dengan cara bekhidmat, menebarkan kasih sayang ke seluruh makhluk dengan menggunakan bekalan yang Aku beri.’

Malangnya manusiapun sering kalah dengan makluk lain dalam memanfaatkan bekalan yang Tuhan beri. Walaupun seorang saintis sekalipun. Kalau kita melihat burung, sejak dalam telur lagi Tuhan tahu apa kebutuhan burung. Bila sudah cukup lengkap alat-alat anggota tubuhnya, Tuhan ilhamkan pada burung itu untuk menetas. Bukan itu saja, Tuhan lengkapkan juga keadaan sekitar untuknya. Misalnya dijadikan adanya kasih sayang induk pada burung, hingga sebelum burung dapat mencari makan sendiri, si ibu akan pergi mencari makan dan kembali ke sarangnya tanpa pernah salah dimana letak sarangnya! Kita tidak dapat bayangkan kalau Tuhan tidak lengkapkan ini, maka matilah anak burung sebelum dapat menjadi besar. Setelah itu tidak lama kemudian, sayap yang tadinya basah lama-kelamaan menjadi kering, kemudian dia coba-coba untuk terbang. Aneh, berbagai cara burung terbang. Dia tahu sayapnya sesuai untuk jenis terbang yang seperti apa. Ada yang ‘take off’ secara vertikal, ada yang perlu berlari-lari kecil dahulu, dan lain-lain. Sedangkan burung tidak belajar di ‘sekolah’. Siapa yang mengajarkan mereka dengan begitu hebat? Sedangkan bermilyar-milyar burung dalam waktu bersamaan, sedang belajar. Patutnya itupun sudah cukup membuat seseorang tersungkur di hadapan Tuhan. Tapi betapa malangnya manusia, yang katanya sainsnya tinggi, teknologinya canggih, riset puluhan tahun untuk membuat pesawat dengan meniru burung terbang, tidak sampai kepada rasa bahwa ada yang Maha Hebat yaitu Tuhan.

Kalau diambil contoh yang sangat mudah, seorang ibu bila melahirkan anak akan dilengkapkan dengan ASI. Tetapi karena hendak menjaga ‘body’, seorang ibu, bahkan ada yang saintis, tidak pun mahu menyusukan anaknya. Akhirnya banyak yang timbul penyakit, juga kasih sayang ibu dan anak tidak menjadi subur bahkan mati. Kalaulah dia berprilaku sebagai hamba, dia akan bertanya pada Tuhan, bagaimana menggunakan alat-alat untuk menjaga anaknya. Bila rasa hamba tiada, jangankan hendak menjadi khalifah bagi orang lain, kepada anak sendiripun kasih sayang tidak menjadi perhatian baginya. Kalaulah rasa hamba ada pada seseorang, maka dia akan merasa bahwa dirinya adalah hak Tuhan. Sains juga adalah hak Tuhan. Maka dia akan gunakan sains dan dirinya menurut apa yang Tuhan kehendaki.

Begitulah pentingnya rasa hamba pada manusia. Bila rasa hamba sudah tiada, maka dia akan sombong, zalim, menyalah gunakan kuasa. Segala kekayaan ilmu, khazanah sains dan ekonomi yang Tuhan bagi yang patutnya digunakan untuk kasih sayang, dia akan ambil kepentingan diri. Jadi alat-alat yang Tuhan bagi itu bukan untuk Allah lagi dan bukan untuk manusia tapi untuk kepentingan diri dan monopoli. Akhirnya jadi manusia yang sombong. Inilah yang berlaku sejak dunia ada. Sombong sampai saat ini. Jarang seorang hamba dapat mengekalkan sifat hamba. Jika tidak dapat mengekalkan sifat hamba, bila mereka menguasai pentadbiran atau pemerintahan, maka mereka menyalah-gunakan kuasa, akhirnya mereka akan menyalah gunakan alat-alat yang Tuhan bagi.

4. Rasa Hamba Kehebatan Saintis
Dari uraian di atas, jelaslah bagi kita bahwa jika hanya karena seseorang itu orang yang pandai, ahli sains, orang kaya, orang yang berkuasa, orang yang berpendidikan tinggi, atau yang mendapat penemuan-penemuan sains, kita tidak bangga dengannya. Yang kita bangga kalau dia memiliki rasa hamba dan dapat mengekalkan sikap hambanya itu. Bila dia jadi pemimpin atau berperanan di berbagai bidang dan dapat mengekalkan sifat hambanya, barulah dia dapat dibanggakan. Kalau pemimpin ada sifat hamba, dia tidak akan menyalah gunakan kuasa dan dia tidak akan menyalah gunakan alat-alat yang Tuhan bagi bahkan ia akan turut berperanan serta dalam melahirkan keamanan, kedamaian, dan keharmonian.

Malangnya yang terjadi justeru sebaliknya. Dengan ilmu dan kuasanya, manusia jadi lebih kejam dari pada yang tidak ada ilmu. Yang berkuasa menyalah gunakan kuasanya. Untunglah kita tidak kuat seperti Amerika. Kalau kita kuat seperti Amerika, sedangkan rasa hamba tidak ada, maka kita akan kejam seperti Amerika juga. Waktu kita lemah, Amerika kuat dan menyalah gunakan kuasa, kita katakan Amerika zalim. Kalaulah kita kuat dan kitapun tidak ada rasa hamba, maka kejadiannya akan sama, Amerika akan kata kita zalim.

Negara-negara Non blok yang sudah bersidang marah dengan Amerika. Coba kita bertanya pada mereka. Kalau mereka kuat seperti Amerika, apakah mereka tidak akan menyerang Amerika? Jangan-jangan mereka akan jajah Amerika. Apa bukti bahwa kalau mereka kuat seperti Amerika, mereka akan berkhidmat pada dunia? Jangan-jangan jadi lebih jahat daripada Amerika. Setengahnya baru saja berkuasa di satu negara, sudah zalim pada rakyat, walaupun dengan mengatasnamakan keadilan. Kalau kekuatannya lebih besar lagi, bisa jadi menyerang negara lain, sebab rasa hamba tiada. Bila rasa hamba tiada, bukan saja dia rasa tuan. Yang lebih parahnya lagi, dia akan rasa diri Tuhan.

Mengekalkan rasa hamba bukanlah satu tugas yang mudah. Ini lebih sulit daripada menemukan ilmu-ilmu. Oleh karenanya, untuk mengembangkan sains dan teknologi, Tuhan tidak perlu mengutus nabi dan rasul. Bahkan orang tidak kenal Tuhan pun Tuhan beri juga. Tapi untuk mendapatkan rasa hamba yang memang sangat diperlukan manusia, Tuhan turunkan Nabi dan Rasul.

Itulah kasih sayang Tuhan yang amat besar pada manusia, mengutus nabi dan rasul untuk mendidik manusia agar mendapatkan rasa hamba. Manusia yang sudah tidak ada rasa hamba, sebenarnya dia berada dalam kesalahan. Dosa setiap saat ditulis bila tak ada rasa hamba. Betapalah berdosanya bila satu hari, 1 bulan, 1 tahun tidak ada rasa hamba. Ini adalah salah satu sains rohaniah yang banyak manusia sudah melupakannya. Padahal manusia diperintahkan untuk mengekalkannya. Oleh karenanya sejak zaman Rasul SAW, setelah Khulafaur rasyidin tiada, kita sudah kehilangan orang-orang seperti ini. Kita rindu dengan orang yang digelar barruhrahim. Yang pengasih dan peyayang.

Sejarah telah membuktikan bagaimana sahabat-sahabat itu membuat orang-orang kafir masuk Islam. Adakah ini karena orang kafir kagum dengan ilmu, sains dan teknologi para sahabat? Padahal sahabat tidak tahu lagi ilmu-ilmu sains yang canggih-canggih. Sebab waktu itu Arab belum maju seperti Romawi dan Parsia. Tetapi orang masuk Islam. Bukan karena kagum dengan ilmu, sains dan teknologi, tapi karena faktor taqwa. Sahabat-sahabat yang pergi ke China, cuma dua atau 3 orang saja. Waktu itu China sudah maju. Orang China masuk Islam waktu itu bukan karena ilmu, sains dan teknologi para sahabat, bahkan para sahabat belum lagi tahu bahasa cina, tetapi masyarakat tertarik dengan akhlak sahabat. Sekarang banyak saintis Islam di dunia bahkan sudah ada yang mendapat hadiah Nobel. Sudah berapa banyak orang masuk Islam karena sains mereka? Sekarang bukan saja dengan saintis orang tidak tertarik dengan Islam, bahkan karena belajar sains ada yang hingga terganggu keislamannya. Karena terlalu membesarkan sains, ada seorang pelajar berkata: Tuhan tidak buat kapal terbang, Amerika buat kapal terbang. Sudah banyak yang syirik karena sains. Padahal sains hanya 1 juzuk kecil dalam kehidupan manusia. Kita mesti memanfaatkan sains supaya manusia semakin takut dengan Allah dan dapat mentadbir dunia moden supaya orang takut dengan Allah.

Patutnya para saintis, merekalah orang yang paling takut dengan Allah. Tapi karena hal itu tak terjadi, maka berapa banyak ingatan dari Tuhan yang Allah datangkan dengan menggunakan hasil teknologi manusia sendiri. Bencana-bencana yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Di USA mudah saja Allah hancurkan kota-kota.

Categories: Arkib | Tinggalkan komen

TUHAN ADALAH SEGALA-GALANYA BUAT INSAN

Tuhan adalah keperluan di dalam kehidupan
Dia adalah segala-galanya buat setiap insan
Marilah kita gambarkan untuk faham siapa sebenarnya Tuhan
Bumi tempat kita tinggal adalah kepunyaan Tuhan
Langit atap bumi di sana ada matahari, bulan dan bintang ciptaan Tuhan
Udara yang dihirup penyambung hidup dari detik ke detik anugerah Tuhan
Jantung yang bergerak enjin kepada badan buatan Tuhan
Akal yang digunakan mendapatkan ilmu dan untuk berfikir
adalah nikmat dari Tuhan
Anggota lahir yang digunakan setiap waktu untuk keperluan hidup manusia
adalah Tuhan jadikan
Roh atau jiwa kita berperasaan silih berganti
Seperti gembira, sedih, senang dan benci pentadbiran Tuhan
Kita sakit berusaha makan ubat, yang menyembuhkan Tuhan,
bukan ubat yang dimakan,
Di waktu lapar dan haus, kita perlu makan,
makanan dan minuman dari Tuhan
Selepas makan kita rasa kenyang Tuhan kenyangkan
Kita letih selepas bekerja ingin rehat Tuhan tidurkan,
tenaga kita kembali semula seperti sediakala untuk tenaga bekerja Tuhan pulihkan
Apabila hendak berhibur di antaranya Tuhan jadikan jenis laki-laki dan perempuan,
setiap satu sama lain hibur-menghiburkan,
rasa terhibur itu adalah dari Tuhan
Untuk menyambung hidup lahir generasi baru,
hasil perhubungan laki-laki dan perempuan
Kelahiran itu adalah juga penghibur kepada laki-laki perempuan iaitu ibu dan bapa,
boleh juga mengisi kekosongan jiwa insan,
Di waktu hubungan suami isteri mula renggang,
anak adalah pengikat semula yang renggang
Begitulah seterusnya kalau kita fikirkan
dan peka memerhatikan tidak ada yang terlepas dari Tuhan
Kalau begitu Tuhan adalah sangat diperlukan di dalam kehidupan,
atau kehidupan adalah peranan Tuhan
Tapi mengapa manusia melupakan Tuhan?
Mengapa manusia tidak merasakan Tuhan berperanan?
Kerana itulah Tuhan hukum manusia terasa kekosongan jiwa,
Jiwa gelisah aja sekalipun berkuasa dan kaya
Takutilah Tuhan cintailah Dia
Tuhan adalah sangat diperlukan
Tuhan adalah segala-galanya buat manusia di dalam kehidupan

Categories: Sajak | Tinggalkan komen

Taubat Palsu

Manusia memang tidak boleh terlepas daripada berbuat dosa. Kalau tidak dosa terang-terangan, kita terlibat dengan dosa-dosa yang tersembunyi. Kalau tidak dosa lahir, kita terlibat dengan dosa-dosa batin. Kalau tidak dosa yang kita sedar, kita terlibat dengan dosa-dosa yang kita tidak sedar. Kalau tidak dosa-dosa besar, kita terlibat dengan dosa-dosa kecil.

Dosa-dosa kecil ini pula, kalau kita kekalkan dan kita anggap ianya kecil, ia menjadi dosa besar. Kecualilah bagi para rasul dan nabi yang maksum, yang dosa-dosa mereka itu telah sedia diampunkan oleh Tuhan.

Dosa berlaku bila kita berbuat maksiat dan kemungkaran, dan bila kita melanggar perintah Tuhan sama ada kita tinggal apa yang Tuhan wajibkan ataupun kita buat apa yang Tuhan haramkan.

Maksiat dan kemungkaran ialah pintu manusia terkeluar dari rahmat dan kasih sayang Tuhan. Pintu untuk kembali kepada rahmat dan kasih sayang Tuhan ialah Taubat. Taubat ialah satu anugerah Tuhan kepada manusia supaya manusia yang terbuat salah dan dosa, tidak berputus asa. Taubat adalah jalan bagi mereka menyucikan diri dan kembali semula kepada Tuhan.

Kaedah bertaubat berbeza-beza dari umat ke umat. Bangsa Yahudi yang menjadi pengikut para Nabi dan Rasul yang terdahulu terpaksa membunuh diri sebagai syarat untuk bertaubat dari dosa-dosa besar. Untuk bertaubat, mereka perlu keluar pada malam yang gelap-gelita di tempat yang sunyi dan menikam diri mereka hingga mati. Mati itulah syarat taubat mereka diterima Tuhan. Justeru itu, tidak ramai yang sanggup bertaubat kerana syaratnya terlalu berat. Hanya mereka yang betul-betul menyesal sahaja yang sanggup berbuat demikian.

Bagi kita orang Islam dan umat Rasulullah, cara untuk bertaubat sangat mudah. Inilah sebahagian dari rahmat dan berkat Rasulullah. Syaratnya hanyalah:
* Menyesal
* Berhenti dari berbuat maksiat berkenaan
* Berazam jangan diulangi lagi
* Kalau dosa itu melibatkan orang lain, kena minta ampun dari orang tersebut terlebih dahulu

Oleh itu, ramailah orang-orang Islam yang bertaubat kerana syaratnya sangat ringan dan mudah. Hari-hari orang Islam bertaubat. Ada yang bertaubat berpuluh-puluh, beratus-ratus bahkan beribu-ribu kali seumur hidup mereka. Ini sangat berbeza dengan bangsa Yahudi di zaman dahulu. Mereka hanya boleh bertaubat sekali sahaja dalam hidup mereka kerana apabila sudah bertaubat mereka terpaksa membunuh diri. Inilah juga punca kedengkian dan sakit hati para Iblis dan Syaitan terhadap umat Rasulullah.

Sebegitu kerasnya mereka berusaha sepanjang masa tanpa rehat untuk menipu, menyesatkan dan menjerumuskan umat Rasulullah ini ke dalam kancah maksiat dan kemungkaran, semua dosa itu akan terhapus hanya dengan sekali taubat sahaja. Justeru itu, sebegitu ramai umat yang iblis dan syaitan telah jauhkan dari rahmat dan kasih sayang Tuhan, seramai itu pula yang kembali kepada Tuhan dengan bertaubat. Kerana taubat itu dipermudahkan bagi umat Rasulullah.

Namun, walaupun bertaubat itu mudah, di pintu taubat itulah iblis menunggu untuk menipu kita supaya taubat kita tidak diterima Tuhan. Bahkan dia sentiasa berusaha supaya taubat kita bukan sahaja tidak diterima Tuhan malahan akan menjauhkan lagi kita dengan Tuhan. Apabila kita bertaubat dengan penuh penyesalan, digalakkannya lagi dan didorong-dorongnya hingga kita terasa di hati kita yang dosa kita telah terhapus. Hingga kita terasa sudah tidak berdosa lagi. Hingga kita terasa diri sudah bersih dan suci dari dosa. Rasa tenang, rasa aman dan rasa selamat dengan taubat kita itu hingga hati kita berkata-kata:
“Dah bertaubat ni, tenang rasa hati”
“Rasa hilang beban dosa”
“Dah bertaubat ni, kalau boleh rasa nak mati sekarang jugak” “Aku ini mati esok, syurga manalah agaknya”

Akibatnya, kita bertaubat dari satu dosa tetapi kita terjerumus ke dalam satu dosa lain yang lebih berat lagi. Kerana rasa tidak berdosa itu adalah satu dosa. Rasa diri bersih dan suci dari dosa itu satu mazmumah. Ini dosa batin namanya. Dosa hati. Dosa lahir tidak bahaya kerana mudah kita sedar dan kita tahu. Oleh itu tidak ada masalah untuk bertaubat. Tetapi dosa hati sangat halus dan tersembunyi. Jarang manusia sedar bila terbuat dosa hati. Jarang mereka bertaubat dari dosa-dosa batin ini. Akhirnya mereka mati membawa dosa-dosa tersebut tanpa bertaubat. Ini ghurur namanya. Ini tipuan syaitan.

Sepatutnya, lagi banyak kita bertaubat, lagi tajam sifat kehambaan yang ada pada diri kita. Setelah bertaubat, kita sepatutnya lebih takut dengan Tuhan. Lebih rasa bersalah. Lebih rasa berdosa. Lebih rasa hina. Lebih rasa cemas dan bimbang. Tetapi berlaku sebaliknya. Setelah kita bertaubat, hilang sifat-sifat hamba kita. Tumbuh pula sifat-sifat ketuanan yang dibenci Tuhan dalam hati kita. Tumbuh sifat-sifat mazmumah seperti merasakan diri tidak berdosa. Merasa diri suci dan bersih . Hilang rasa bimbang. Hilang rasa takut dan cemas. Merasa diri selamat. Merasa diri sudah layak masuk syurga. Inilah angkara tipuan syaitan.

Memang, bagi kita umat Rasulullah, bertaubat itu mudah. Tetapi tipudaya syaitan terhadap orang yang bertaubat juga sangat halus dan sukar dikesan. Berapa ramai orang yang bertaubat tetapi tidak mendapat keampunan Tuhan tetapi sebaliknya dilaknat pula oleh Tuhan . Hubungannya dengan Tuhan lebih baik sebelum dia bertaubat. Walaupun sebelum bertaubat itu dia berdosa, setidak-tidaknya dia tahu dia berdosa, dia merasa dirinya berdosa dan dia rasa bersalah dengan Tuhan. Dia takut. Dia bimbang. Dia cemas. Dia risau kalau-kalau Tuhan murka padanya. Sifat hambanya lebih tajam sebelum dia bertaubat. Rasa-rasa inilah sebenarnya yang menyebabkan Tuhan sayang dan kasihan pada hamba-hambaNya.

Apa ertinya kalau kasih sayang Tuhan ini hilang selepas kita bertaubat. Apa ertinya kalau kita menjadi angkuh dan tidak beradab dengan Tuhan setelah kita bertaubat. Apa ertinya kita bertambah jauh dari Tuhan setelah kita bertaubat. Inilah taubat palsu namanya. Kita wajib bertaubat dari taubat palsu seperti ini.

Categories: Minda AFT | Tinggalkan komen

Alangkah Hebatnya Tuhan

Alangkah Hebatnya Tuhan

Alangkah hebatnya Tuhan
Di dalam satu kerdipan mata berbilion-bilion yang dicipta-Nya dengan serentak
Di masa yang sama pula berbilion-bilion yang dibinasakan atau yang ditiadakan-Nya
Di dalam satu kerdipan mata, berbilion-bilion secara serentak diketahui yang ada mahupun yang tiada
Juga di masa yang sama dengan serentak berbilion-bilion perkara yang dilihat dan didengar-Nya
Kudrat-Nya Esa sepertimana sifat-sifat yang lain juga Esa
Kuasa membuat yang sedikit atau banyak, kecil atau besar sama sahaja
Tidak ada beza kerana Tuhan itu Kudrat-Nya bukan tenaga
Tapi Zat-Nya yang Maha Kuasa atau bersifat Kuasa
Kerana itulah Tuhan tidak terasa penat atau letih
Begitu juga Tuhan kehendak-Nya bukan dengan nafsu
Kerana itulah kehendak-Nya tidak menerima jemu juga tidak terasa ghairah seperti manusia
Dia berbuat atau tidak berbuat dengan kehendak-Nya yang penuh berhikmah
Tidak ada yang sia-sia atau yang tidak mempunyai hikmah yang tersirat atau tersurat
Apa yang terdahulu dan apa yang kemudian semua diketahui-Nya
Tidak pernah dilupakan-Nya sekalipun sebesar debu di udara
Murka-Nya bukan dengan nafsu
Kerana Tuhan itu tidak ada nafsu seperti makhluk-Nya
Suka-Nya atau cinta akan sesuatu bukan pula dengan perasaan-Nya
Kerana Tuhan itu tidak ada jiwa
Cinta-Nya pula mengikut kehendak dan hikmahnya
Bukan didorong oleh keadaan
Kerana keadaan dan situasi Tuhan yang mencipta-Nya
Segala apa yang hendak dibuat atau tidak bukan hasil fikiran atau hasil menimbang-nimbang
Kerana Tuhan bukan ada akal seperti manusia
Kerana Kudrat dan Iradat-Nya berlaku adalah kerana kepatutan-Nya
Dengan penuh hikmah dan pengajaran
Begitulah Zat Tuhan yang Maha Agung
Sungguh hebat dan menggerunkan

Categories: Minda AFT, Sajak | 2 Komen

Blog di WordPress.com.