Dari Media

Beri ruang polis siasat kes liwat babitkan Anwar Ibrahim, kata Bakri

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini meminta semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menyiasat kes tuduhan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, berkata sebagai agensi yang menjalankan kuasa undang-undang, PDRM akan menyiasat kes itu seadil-adilnya daripada sudut perundangan tanpa mengambilkira sudut politik.

“Polis akan menjalankan penyiasatan secara terperinci terhadap mangsa dan juga suspek, tapi kita perlukan sedikit masa untuk siasat kes ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu berapa lama masa yang akan diambil polis bagi menyiasat laporan itu.

“Persoalan Anwar akan dipanggil untuk memberi keterangan atau tidak, itu semua bergantung kepada hasil siasatan,” katanya.

Bakri turut meminta semua pihak agar tidak membuat andaian selagi polis tidak menjelaskan perkara itu, kerana bimbang andaian berkenaan boleh menjejaskan siasatan.

Laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun di Balai Polis Travers pada jam 5.45 petang semalam, yang mendakwa diliwat pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara. – Bernama

HIDUP INI SATU UJIAN

Manusia hidup didunia tetapi tidak mahu diuji,tidak kenalah.Sebab itu sudah dasar Tuhan.Manusia kena akur dengan Tuhan.Setelah manusia diuji Tuhan hendak tengok siapa di antara manusia yang biasa,siapa yang jahat.Yang baik ke Syurga yang jahat ke Neraka.

Kalau mengikut pandangan kita,ujian itu benda yang negatif ujian itu ada dua bentuk:

1.Ujian yang menyukakan,menggembirakan, atau menyenangkan (positif)

Contoh: Menjadi raja, Perdana Menteri, pegawai tinggi, dapat kekayaan, harta banyak, ilmu banyak dan sebagainya. Itu di antara contoh besar.

2.Ujian yang tidak menyukakan,mendukacitakan atau menyusahkan (negatif)

Contoh:Lumpuh,sakit kronik,sakit yang teruk,tidak boleh jalan,itu paling azab.Ujian lain sudah ringan,contohnya orang mengata kita,isteri tidak sayang,suami benci.Luka atau kudis lagi ringanlah.

Di antara dua ujian ini yang lebih mudah merosakkan manusia adalah ujian senang. Sebab itu Tuhan sebut yang banyak masuk Neraka adalah orang kaya, high class tetapi yang banyak masuk Syurga adalah orang miskin.

Padahal logiknya kalau orang kaya atau high class tentu boleh buat baik, ada kuasa tolong orang, bantu orang, hiburkan orang. Tapi yang berlaku tidak begitu. Bila jadi kaya raya, jadi megah, sombong, ada kuasa, zalim. Bila ada yang mencabar, dia akan mencari jalan supaya orang tersebut dipersalahkan untuk ditangkap. Jadi lojik tidak boleh pakai.

Sebelum dapat, lojik berfikir:” Kalau aku kaya, aku akan tolong orang,bantu orang,untuk dapat pahala besar”.Tapi bila sudah jadi kaya,jadi jutawan,dia sudah ‘jadi’ Tuhan pula.Seperti Firaun,dia raja tapi dia kata:”Ana rabb,Ana Rabb.”Dia mengaku Tuhan.

Jadi dari segi logiknya,sebelum kaya kita berfikir:”kalau aku kaya aku akan buat baik,tolong orang,bantu orang,banyakkan sedeqah.Orang miskin aku tolong,kan baik.”

Bila sudah kaya apa yang terjadi?Sombong,bakhil,makin megah.Logik sudah tidak boleh pakai.Sebelum dapat pakai logik,”kalau tak kaya,macamana nak buat baik?Macam mana nak naik haji?”Tapi bila sudah kaya lain jadinya.

Begitu juga bila ilmu belum dapat,kita berfikir:”Kalau dapat ilmu banyak boleh khidmat pada orang,boleh ajar orangaku boleh tunjuk jaln.”Itu secara logik.Tapi bila sudah dapat kita jadi megah,sombong dan meghina orang yang bodoh.

Jadi sebenarnya ujian yang positiflah yang banyak merosakkan daripada ujian yang negatif.Tapi Tuhan Maha Bijaksana,segala apa yang dilihat di dunia ini Tuhan sudah siapkan hujah disini.

Katalah ada orang kaya,berkuasa,diazab oleh Tuhan,kerana derhakanya,dia hendak bahas:”Wahai Tuhan,aku kena azab ni sebab Engkau juga.Engkau bagi aku kaya,bagi aku kuasa ,sebab itu aku jadi jahat.Kalau Engkau tidak jadikan aku raja dan kaya,aku taklah kena azab.”

Lalu Tuhan memberi hujah dengan berkata:”Bukankah ada di kalangan orang baik yang jadi raja?Nabi Sulaiman jadi raja,Nabi Daud jadi raja,Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau.”Sebab itu di kalangan Rasul ada tiga orang yang Tuhan jadikan raja supaya jadi hujah di Akhirat.

Kalau orang kaya pula kata pada Tuhan: “Saya ini jahat pasal Engkau jadikan aku kaya. Cuba Engkau tidak jadikan aku kaya, tentu aku tidak jahat.” Lalu Tuhan berkata: “Engkau mana lebih kaya dari Nabi Sulaiman?” Orang tersebut tidak boleh menjawab. Kemudian Tuhan berkata: “Dia lebih kaya dari engkau tapi dia jauh lebih baik dari engkau.”

Ada juga orang miskin masuk Neraka. Walaupun banyak juga orang miskin masuk Neraka tapi orang high class lebih banyak. Orang miskin pun berhujah pada Tuhan: “Macam mana aku tidak jahat, Engkau miskinkan aku. Aku nak makan terpaksa mencuri, terpaksa menipu. Kalau aku kaya tidaklah jadi begitu.”

Lalu Tuhan pun bertanya: “Engkau lebih miskin atau Nabi Muhammad lebih miskin?” Maka orang tersebut tidak boleh menjawab. Jadi Tuhan berkata, “Aku jadikan mati dan hidup untuk manusia diuji dengan ujian positif atau negatif, dengan maksud siapa di kalangan kamu yang baik.” Rupanya bila diuji, ramai orang jadi jahat. Jadi nampaknya dengan ujian yang menggembirakan, orang makin ramai jadi jahat berbanding orang yang diuji dengan kesusahan. Kalaupun jahat tidak sebesar yang dibuat orang yang senang.

Jadi hidup di dunia ini ujian. Kalau tidak kuat dengan Tuhan tidak takut dan cinta Tuhan, tidak pandang besar Akhirat, ujian apa pun sama ada positif atau negatif, kita akan tewas. Senang pun gagal, miskin pun gagal. Berkuasa pun gagal, tidak berkuasa pun gagal.

Sebab itu Tuhan adalah penting dalam hidup kita. Besarkan Akhirat itu penting, supaya apa pun ujian, kita tidak terjejas. Apapun ujian sama ada positif atau negatif, tidak mengubah kita, tetap Tuhan tujuan kita, kita tidak akan berubah.

Bahkan orang yang takut dan cinta Tuhan, kalau dia senang, misalnya dia jadi raja, banyak harta maka banyak kebaikan yang dia boleh buat seperti sedekah, tolong orang, bantu orang, selamatkan orang.

Tapi kalau orang miskin, susah, sakit, menderita, kalau dia takut dan cinta Tuhan, pahalanya lain. Kalau nikmat dia tidak dapat, kalau dia redha maka dia dapat pahala sabar. Kalau sabar apa kata Tuhan:

Maksudnya: “Kalau sabar, aku bagi hadiah tidak berkira, bighairi hisab.” (Zumar: 10)

Maka sudah kalah orang kaya. Orang miskin bila nampak ada orang jual durian, tetapi dia tidak boleh beli hingga tercicir air liur, maka Tuhan ampunkan dosanya. Itulah rahmat Tuhan. Kalau orang miskin teringin beli durian tetapi tidak boleh beli, maka itu adalah penghapusan dosa. Maha Adilnya Tuhan.

Selama ini kita selalu persoalkan Tuhan. Sebenarnya apa yang Tuhan buatkan sudah adil. Para Rasul adalah orang yang paling kenal Tuhan dan kenal kerja Tuhan, apa pun Tuhan buatkan pada dia, Ilia faham bahawa itu adalah keadilan Tuhan. Rasul-rasul sejak lahir sudah diuji tetapi tidak pernah susah hati. Contohnya, Nabi Ibrahim lahir di gua, Nabi Musa waktu bayi lagi dihanyutkan di sungai Nil.

Bahkan ada di antara kita beribadah kerana hendak pahala banyak tetapi mendapat lebih banyak pahala dengan tidak ibadah. Ada orang hendak pahala banyak lalu beribadah banyak, yang lain pula hendak pahala banyak tetapi ibadahnya tidak banyak. Biasanya orang yang hendak banyak pahala, dia akan banyak bersolat dan berpuasa, tetapi pahalanya tidak banyak. Sebenarnya pahala yang banyak adalah apabila sakit. Bila sakit selalu, itu dianggap banyak bersembahyang dan berpuasa. Sebab itu para Rasul sakit pun tidak merasa susah. Bagi mereka perkara itu adalah kerja Tuhan.

Untuk dapat pahala banyak, apakah kita larat sembahyang 1000 rakaat? Jadi kalau sakit panjang hendaklah redha. Itu kalau orang faham kerja Tuhan. Jadi bagi orang yang faham kerja Tuhan, bila ditimpa sakit, dia sabar, redha, kerana di situ lebih banyak pahalanya.

Bila orang miskin nampak makanan yang banyak tetapi tidak boleh beli kerana tidak mampu, di situlah keampunan Tuhan. Selalunya kita kata, “Kenapa Tuhan buat begini?” Isteri menyakitkan kita itu pahala. Tuhan buat itu untuk bagi pahala. Lebih baik isteri meragam dan redha dengannya. Lain kali kalau isteri celupar mulut, kita kata elok-elok, nanti pahala di catit. Bila dia berhenti rugilah, “Cakap lagilah jangan berhenti lagi, ini income aku.” Lama-lama isteri malu sendiri. Kalau kita faham kerja Tuhan, kita akan seronok dengan Tuhan.

Sekian.

Sumber : IkhwanToday

Advertisements
Categories: Dari Media | Tinggalkan komen

Sejarah gemilang Malaysia

Impian jadi realiti apabila Soyuz 15-S bawa angkasawan pertama negara dilancar malam tadi

IMPIAN Malaysia untuk meneroka angkasa lepas yang dicetuskan sejak 2003, menjadi realiti apabila kapal angkasa Soyuz 15-S yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, selamat dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome di sini, malam tadi.

Pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa kapal angkasa itu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat jam 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia), mencatat satu lagi kegemilangan dalam lipatan sejarah negara di peringkat antarabangsa.

Dr Sheikh Muszaphar, 35, juga mencatat sejarah sebagai angkasawan Islam pertama yang berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas.

Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi kapal angkasa seberat 7,170 kilogram itu juga disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia.

Di Malaysia, seluruh rakyat menyaksikan detik bersejarah itu menerusi siaran langsung di semua saluran televisyen utama serta beberapa skrin yang ditempatkan di lokasi strategik di ibu negara dan beberapa bandar besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menyaksikan kejayaan yang dicapai anak muda dari Seremban itu pada majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, menteri Kabinet dan 280 pelajar.

Hadir sama ialah bekas angkasawan Amerika Syarikat, Kapten Robert Gibson, yang turut menjelaskan kepada Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek teknikal pelancaran kapal angkasa itu.

Sebelum itu, majlis berbuka puasa, solat tarawih serta solat hajat diadakan bagi mendoakan keselamatan dan kejayaan misi berkenaan.

Pelancaran bermula dengan pelepasan empat pelonjak utama roket yang dipadankan dengan bendera Malaysia dan 29 saat kemudian SoyuzTMA-11 membelah langit cerah Baikonur dan mempesonakan mereka yang menyaksikannya.

Sembilan minit selepas pelancaran, roket berkenaan mencapai ketinggian 200 kilometer dari bumi dan pegawai di pusat kawalan utama berhampiran Moscow berkata: “Kapal angkasa TMA-11 berada di orbit.”

Kakitangan di pusat kawalan itu berjabat tangan, manakala visual Dr Sheikh Muszaphar dengan Jalur Gemilang di lengannya mula dipancarkan dari kapal angkasa yang bergerak pada kelajuan lapan kilometer sesaat.

Ketiga-tiga angkasawan itu duduk dengan tenang sambil meneliti manual penerbangan. Visual dari kapsul kapal angkasa itu juga ditonton seluruh rakyat Malaysia dengan penuh bangga. Kapal angkasa itu akan berlegar di orbit selama dua hari sebelum bercantum dengan ISS pada ketinggian 360 kilometer.

Tiga angkasawan itu akan berada di ISS selama 10 hari dengan Dr Sheikh Muszaphar mengadakan tiga uji kaji membabitkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa serta pengkristalan protein sebelum pulang ke bumi pada 21 Oktober ini.

Pelepasan angkasawan negara itu di tapak pelancaran di sini disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan ibu bapa Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad.

Terdahulu, persediaan akhir untuk pelancaran kapal angkasa itu bermula sejak tujuh jam lebih awal di Baikonur Cosmodrome dengan Dr Sheikh Muszaphar bersama Whitson dan Malenchenko dibawa dari Kosmonaut Hotel menaiki bas ke Tapak Pelancaran 1 pada jam 2 petang.

Selepas melalui proses persediaan terakhir, empat jam sebelum pelancaran, Agensi Angkasa Lepas Russia (Roscosmos) mula memasang baju angkasa lepas ‘Sukol’ kepada angkasawan atau Kosmonaut dalam istilah Russia, diikuti upacara tabik hormat sebagai tanda penghargaan terhadap keberanian angkasawan menempuh cabaran dalam misi itu.

Program angkasawan negara bermula pada 2003 apabila Russia bersetuju menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian perjanjian pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.42 bilion.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipilih untuk misi ini walaupun Roscosmos juga mengiktiraf seorang lagi angkasawan negara, Kapten Dr Faiz Khaleed, 26, yang menjadi angkasawan sokongan bagi misi ini.

Roskosmos juga bersetuju Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/2009 dan dibenarkan terus menjalani latihan di Pusat Latihan Angkawasan Yuri Gagarin, Star City, Russia. Pada 13 Oktober 2003, kerajaan secara rasmi membuka peluang kepada rakyat Malaysia menjadi calon angkasawan yang pertama.

Seramai 11,267 orang memohon dan selepas menjalani pelbagai ujian, Dr Sheikh Muszaphar yang juga pakar ortopedik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Kapten Dr Faiz Shukor, doktor gigi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dipilih menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin sejak September tahun lalu.

Penerokaan manusia ke angkasa lepas bermula pada April 1961 apabila angkasawan pertama Yuri Gagarin membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi dengan masa 108 minit, menggunakan kapal angkasa Vostok 1 seberat lima tan.

Sumber : BH

Categories: Dari Media | Tinggalkan komen

Muszaphar ke angkasa lepas

Angkasawan pertama negara berlepas jam 9.21 malam ini untuk misi 10 hari

BAIKONUR (KAZAKHSTAN): Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) memilih Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai angkasawan pertama dari Malaysia, menyertai misi ke angkasa lepas, dijadual berlepas dari sini, malam ini.

Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu, akan berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko, dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome di sini, pada 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos sebelum ini.

Malaysia mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.

“Selain itu jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terbabit dalam melatih kedua-dua angkasawan itu,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas dimaklumkan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, semalam.

Ketika keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir.

Mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin di Star City, Moscow, Russia.

Jamaludin berkata, beliau akan mengemukakan cadangan mesyuarat itu mengenai Dr Faiz kepada Kabinet sekembalinya dari pelancaran misi itu.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran krew misi dalam tempoh empat jam sebelum pelancaran.

“Saya juga mengucapkan terima kasih bagi pihak Kerajaan Malaysia kepada Russia kerana menjadikan misi ini berjaya, yang amat bersejarah sempena kemerdekaan negara kita.

“Ia juga amat signifikan bagi Russia kerana tahun ini sempena 50 tahun negara itu menghantar satelit pertamanya buatan manusia (Sputnik),” katanya

Jamaludin turut mengucapkan terima kasih kepada Russia kerana membantu saintis Malaysia membuat persediaan bagi kerja penyelidikan di angkasa oleh Dr Sheikh Muszaphar nanti.

Katanya, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz turut diberi kesempatan menyampaikan ucapan kepada jawatankuasa itu dalam bahasa Russia.

Program angkasawan negara itu adalah persetujuan timbal-balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Russia dan ditandatangani pada 5 Ogos 2003. – Bernama
Sumber: BH

Categories: Dari Media | Tinggalkan komen

Create a free website or blog at WordPress.com.