Author Archives: barokah

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram) Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim). Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: “Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim) Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura.

Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini. (Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245). Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim) Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram) Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah: Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9”. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim) Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9”. (Riwayat Muslim). Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya).

Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram”. (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Sumber : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kelebihan-puasa-9-a-10-muharram.html

 

Advertisements

Almuttaqin.TV

PENGENALAN
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Maksudnya: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belum kah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belum kah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhan mu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Al-Fussillat ayat 53)

Era globalisasi dengan temanya dunia tanpa sempadan menjadikan segala maklumat begitu pantas disampaikan. Kecanggihan dan kehebatan teknologi tanpa sempadan ini mestilah dilihat sebagai peluang  serta wasilah dakwah dalam meransang mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berakhlak yang tentunya  akan dimanfaatkan oleh mereka yang tercari-cari serta amat dahagakan ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama.

            Menyedari hakikat inilah  kami anak-anak Kedah di Mesir merasa terpanggil dan cuba mengorak langkah dengan menubuhkan syarikatnya  yang diberi nama Al-Muttaqin pada Januari 2007 di bawah naungan Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir. Kemunculan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat mengenengahkan seberapa ramai pelapis ulama' serta cendiakawan yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu serta dapat melahirkan pelbagai penemuan baru hasil kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh mahasiswa di pelbagai bidang khususnya mahasiswa Universiti Al-Azhar.

            Sesungguhnya kewujudan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat menyediakan seberapa banyak peluang pekerjaan khususnya kepada siswazah Al-Azhar serta dapat memberi satu sumbangan yang bermakna kepada semua lapisan masyarakat. Adalah diharapkan agar bahan-bahan yang disediakan akan dapat membantu menyelesaikan persoalan yang berkaitan. Pihak Al-Muttaqin juga mengaharap sokongan daripada semua pihak agar ianya lebih maju serta berdaya saing.

Objektif Penubuhan

  • Menceburi bidang ICT sebagai medan dakwah.
  • Mengenengahkan ulama’ yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.
  • Menyediakan seberapa banyak peluang pekerjaan khususnya kepada siswazah Al-Azhar
  • Menggabungkan di antara wahyu dan akal untuk menzahirkan kehebatan Islam.
  • Menyampaikan ilmu kepada semua peringkat manusia di dunia dengan manhaj Al-Azhar.

Tarikh ditubuhkan
Al-Muttaqin telah dilancarkan oleh Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir pada 1 Januari 2007.

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

a) Mengendalikan Al-MuttaqinTV

i) Menyediakan program pengajian dan majlis ilmu secara online ke seluruh dunia

  • Majlis Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang diadakan pada bulan Ramadhan setiap tahun.
  • Kuliah Online setiap hari bersama Ustaz Aidil Azwal Zainuddin
  • Syarahan Ilmiah oleh Profesor Dr. Saaduddin Mus'ad Al-Hilali, Pensyarah Fakulti Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Kaherah bertajuk 'Fiqh Islam antara Keaslian dan Pembaharuan'.
  • Syarahan Ilmiah oleh Dr. Usamah Sayid Al-Azhari, Pensyarah Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar Zagazig bertajuk Manhaj Al-Azhar yang Sederhana.
  • Forum 'Malaysia Pasca Pilihanraya: Kemana Hala Tuju' oleh Profesor Dr. Redzuan Othman dan Profesor Md. Nor Othman

ii) Wawancara bersama tokoh akademik

  • Wawancara bersama Profesor Dr. Redzuan Othman, Pensyarah Universiti Malaya dan Penganalisis Politik bertajuk Malaysia Pasca Pilihanraya Umum ke-12
  • Wawancara bersama Profesor Dr. Abdul Aziz Hanafi, Dekan Kuliah Syariah Islamiah, Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) bertajuk Apa Itu Syiah?
  • Temuramah bersama Profesor Dr. Zawawi Haji Ahmad, Bekas Pensyarah Universiti Malaya bertajuk Bukti Saintifik di dalam surah Yaasin.
  • Wawancara bersama Dr. Rosni Samah, Dekan Fakulti Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertajuk Persiapan Azhari dalam Persaingan di Malaysia

iii) Rakaman ilmiah

  • Al-Quran dan Sains (12 siri)
  • Pengajian Intensif Ilmu-ilmu Asas dalam Pengajian Islam (9 siri)
  • Sirah Nabawiyah Nabi Muhammad SAW (22 siri)

iv) Merekod, menyunting dan memuat-atas (upload) media video aktiviti dan program ilmiah untuk web

b) Penerbitan Buku Ilmiah

  • Tafsir Surah Yaasin dari Perspektif Sains dan Sejarah, karangan Profesor Dr. Zawawi Haji Ahmad.
  • Kenapa Aku Meninggalkan Syiah oleh Mahasiswa Kedah Universiti Al-Azhar

c) Pembangunan Perisian dan Web

  • Sistem Maklumat Pelajar Online (SMPO) dan Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB)
  • Laman web rasmi Program Gerak Usahawan Mesir
  • Portal Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir
  • Laman web rasmi El-Ittihad Groups

PENCAPAIAN

  • Middle East Career Carnival 2007 - Cairo International Convention Centre (CICC) 26 -27 November 2007 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
  • Mengendalikan siaran secara langsung Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman dengan anak-anak Kedah di Perlembahan Nil pada 29 Mei 2008.
  • Mengendalikan  siaran secara langsung Majlis Sambutan Aidul Fitri 1429H anjuran Kedutaan Malaysia di Kaherah yang bertempat di Dataran Kompleks Haiyyu Asyir dan dipancarkan ke seluruh dunia.
  • Mengendalikan  siaran secara langsung, rakaman dan produksi media Program Gerak Usahawan Mesir yang dirasmikan oleh YB Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Pengajian Tinggi pada 30 November dan 3 Disember 2008.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Menyediakan perkhidmatan siaran secara langsung aktiviti atau program melalui internet.
  • Menyediakan perkhidmatan produksi multimedia.
  • Berperanan dalam pembangunan perisian dan web yang berkaitan dengan pendidikan mahasiswa.
  • Menyediakan khidmat latihan teknologi dan penyiaran kepada mahasiswa.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

  • Mewujudkan pusat operasi secara tetap.
  • Berusaha untuk menyiarkan semua kuliah-kuliah pengajian terpilih secara siaran langsung melalui internet.
  • Mewujudkan bank video pengajian untuk rujukan masyarakat.
  • Mewujudkan jaringan perkhidmatan yang pelbagai.
  • Pusat Bahasa Arab Al-Muttaqin
  • Pusat Terjemahan Al-Muttaqin
  • Agensi Pelancongan Al-Muttaqin
  • Al-Muttaqin Consultant

PENUTUP

Teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) berkembang begitu pesat di masa kini. Kecanggihan dan kepantasan teknologi maklumat dan telekomunikasi akan menjadi sia-sia jika tidak diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Melihatkan kepada keadaan semasa yang berlaku di dunia tanpa sempadan ini berlaku begitu banyak kefasadan yang berlaku dan menyedari kehendak masyarakat yang berada di Malaysia khususnya dan dunia amnya yang dahagakan ilmu agama, maka Al-Muttaqin diwujudkan sebagai sumber media alternatif.

            Di atas inisiatif dan idea dari Muhammad Aidil Azwal bin Zainuddin selaku Penasihat Al-Muttaqin untuk mewujudkan satu kumpulan dari mahasiswa yang berkemahiran dan berpengalaman dalam menyebarluaskan dakwah kepada masyarakat melalui dunia teknologi. Antara tujuan penubuhan Al-Muttaqin ini ialah untuk membentuk pelapis ulama’ dikalangan warga azhari yang berkemahiran sebelum pulang berdakwah di Malaysia. Ini adalah sebagai salah satu sumbangan dari anak-anak Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar kepada masyarakat di Kedah khususnya dan Malaysia secara amnya walaupun berada di perantauan yang ingin melihat masyarakat yang berilmu pengetahuan di bidang agama dan akademik.

            Bagi merealisasikan matlamat ini tercapai dengan jayanya, Al-Muttaqin memerlukan kos pembiayaan yang agak tinggi. Oleh yang demikian, proposal ini dibuat bagi membentang dan menjelaskan anggaran kos pembiayaan yang diperlukan untuk dipohon bagi pertimbangan pihak-pihak yang berkenaan bagi melicinkan perjalanan aktiviti dan program yang telah dirancangkan. Pihak Krew Al-Muttaqin berharap agar diberi peluang untuk menjadi peneraju dan pemangkin dunia dakwah dalam dunia tanpa sempadan ini dengan bantuan dan sokongan dari pihak-pihak yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Jabatan Media Al-Muttaqin

 

Categories: 1 | Tinggalkan komen

Pentingnya Kebersihan Hati

Islam sangat mementingkan kebersihan
Kebersihan lahir dan batin
Kebersihan jasmani dan rohani
Ia merupakan asas ibadah
Kebersihan lahir kalau tidak dijaga
Mudaratnya tidak merata
Ia memberi mudarat orang yang dekat sahaja
Atau yang di kiri kanan kita
Tapi kebersihan batin (rohani ) tidak dijaga
Merbahaya merata-rata
Dia akan merosakkan dan memusnahkan seluruh dunia

*******

اسلام ساڠت ممنتيڠكن كبرسيهن
كبرسيهن لاهير دان باطين
كبرسيهن جسماني دان روحاني
اي مروڤاكن اساس عباده
كبرسيهن لاهير كالاو تيدق دجاڬ
مضرةڽ تيدق مرات
اي ممبري مضرة اورڠ يڠ دكت سهاج
اتاو يڠ د كيري كانن كيت
تاڤي كبرسيهن باطين ﴿روحاني ﴾ تيدق دجاڬ
مربهاي مرات-رات
دي اكن مروسقكن دان مموسناهكن سلوروه دنيا

Categories: Minda AFT | Tinggalkan komen

Beri ruang polis siasat kes liwat babitkan Anwar Ibrahim, kata Bakri

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini meminta semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menyiasat kes tuduhan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, berkata sebagai agensi yang menjalankan kuasa undang-undang, PDRM akan menyiasat kes itu seadil-adilnya daripada sudut perundangan tanpa mengambilkira sudut politik.

“Polis akan menjalankan penyiasatan secara terperinci terhadap mangsa dan juga suspek, tapi kita perlukan sedikit masa untuk siasat kes ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu berapa lama masa yang akan diambil polis bagi menyiasat laporan itu.

“Persoalan Anwar akan dipanggil untuk memberi keterangan atau tidak, itu semua bergantung kepada hasil siasatan,” katanya.

Bakri turut meminta semua pihak agar tidak membuat andaian selagi polis tidak menjelaskan perkara itu, kerana bimbang andaian berkenaan boleh menjejaskan siasatan.

Laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun di Balai Polis Travers pada jam 5.45 petang semalam, yang mendakwa diliwat pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara. – Bernama

HIDUP INI SATU UJIAN

Manusia hidup didunia tetapi tidak mahu diuji,tidak kenalah.Sebab itu sudah dasar Tuhan.Manusia kena akur dengan Tuhan.Setelah manusia diuji Tuhan hendak tengok siapa di antara manusia yang biasa,siapa yang jahat.Yang baik ke Syurga yang jahat ke Neraka.

Kalau mengikut pandangan kita,ujian itu benda yang negatif ujian itu ada dua bentuk:

1.Ujian yang menyukakan,menggembirakan, atau menyenangkan (positif)

Contoh: Menjadi raja, Perdana Menteri, pegawai tinggi, dapat kekayaan, harta banyak, ilmu banyak dan sebagainya. Itu di antara contoh besar.

2.Ujian yang tidak menyukakan,mendukacitakan atau menyusahkan (negatif)

Contoh:Lumpuh,sakit kronik,sakit yang teruk,tidak boleh jalan,itu paling azab.Ujian lain sudah ringan,contohnya orang mengata kita,isteri tidak sayang,suami benci.Luka atau kudis lagi ringanlah.

Di antara dua ujian ini yang lebih mudah merosakkan manusia adalah ujian senang. Sebab itu Tuhan sebut yang banyak masuk Neraka adalah orang kaya, high class tetapi yang banyak masuk Syurga adalah orang miskin.

Padahal logiknya kalau orang kaya atau high class tentu boleh buat baik, ada kuasa tolong orang, bantu orang, hiburkan orang. Tapi yang berlaku tidak begitu. Bila jadi kaya raya, jadi megah, sombong, ada kuasa, zalim. Bila ada yang mencabar, dia akan mencari jalan supaya orang tersebut dipersalahkan untuk ditangkap. Jadi lojik tidak boleh pakai.

Sebelum dapat, lojik berfikir:” Kalau aku kaya, aku akan tolong orang,bantu orang,untuk dapat pahala besar”.Tapi bila sudah jadi kaya,jadi jutawan,dia sudah ‘jadi’ Tuhan pula.Seperti Firaun,dia raja tapi dia kata:”Ana rabb,Ana Rabb.”Dia mengaku Tuhan.

Jadi dari segi logiknya,sebelum kaya kita berfikir:”kalau aku kaya aku akan buat baik,tolong orang,bantu orang,banyakkan sedeqah.Orang miskin aku tolong,kan baik.”

Bila sudah kaya apa yang terjadi?Sombong,bakhil,makin megah.Logik sudah tidak boleh pakai.Sebelum dapat pakai logik,”kalau tak kaya,macamana nak buat baik?Macam mana nak naik haji?”Tapi bila sudah kaya lain jadinya.

Begitu juga bila ilmu belum dapat,kita berfikir:”Kalau dapat ilmu banyak boleh khidmat pada orang,boleh ajar orangaku boleh tunjuk jaln.”Itu secara logik.Tapi bila sudah dapat kita jadi megah,sombong dan meghina orang yang bodoh.

Jadi sebenarnya ujian yang positiflah yang banyak merosakkan daripada ujian yang negatif.Tapi Tuhan Maha Bijaksana,segala apa yang dilihat di dunia ini Tuhan sudah siapkan hujah disini.

Katalah ada orang kaya,berkuasa,diazab oleh Tuhan,kerana derhakanya,dia hendak bahas:”Wahai Tuhan,aku kena azab ni sebab Engkau juga.Engkau bagi aku kaya,bagi aku kuasa ,sebab itu aku jadi jahat.Kalau Engkau tidak jadikan aku raja dan kaya,aku taklah kena azab.”

Lalu Tuhan memberi hujah dengan berkata:”Bukankah ada di kalangan orang baik yang jadi raja?Nabi Sulaiman jadi raja,Nabi Daud jadi raja,Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau.”Sebab itu di kalangan Rasul ada tiga orang yang Tuhan jadikan raja supaya jadi hujah di Akhirat.

Kalau orang kaya pula kata pada Tuhan: “Saya ini jahat pasal Engkau jadikan aku kaya. Cuba Engkau tidak jadikan aku kaya, tentu aku tidak jahat.” Lalu Tuhan berkata: “Engkau mana lebih kaya dari Nabi Sulaiman?” Orang tersebut tidak boleh menjawab. Kemudian Tuhan berkata: “Dia lebih kaya dari engkau tapi dia jauh lebih baik dari engkau.”

Ada juga orang miskin masuk Neraka. Walaupun banyak juga orang miskin masuk Neraka tapi orang high class lebih banyak. Orang miskin pun berhujah pada Tuhan: “Macam mana aku tidak jahat, Engkau miskinkan aku. Aku nak makan terpaksa mencuri, terpaksa menipu. Kalau aku kaya tidaklah jadi begitu.”

Lalu Tuhan pun bertanya: “Engkau lebih miskin atau Nabi Muhammad lebih miskin?” Maka orang tersebut tidak boleh menjawab. Jadi Tuhan berkata, “Aku jadikan mati dan hidup untuk manusia diuji dengan ujian positif atau negatif, dengan maksud siapa di kalangan kamu yang baik.” Rupanya bila diuji, ramai orang jadi jahat. Jadi nampaknya dengan ujian yang menggembirakan, orang makin ramai jadi jahat berbanding orang yang diuji dengan kesusahan. Kalaupun jahat tidak sebesar yang dibuat orang yang senang.

Jadi hidup di dunia ini ujian. Kalau tidak kuat dengan Tuhan tidak takut dan cinta Tuhan, tidak pandang besar Akhirat, ujian apa pun sama ada positif atau negatif, kita akan tewas. Senang pun gagal, miskin pun gagal. Berkuasa pun gagal, tidak berkuasa pun gagal.

Sebab itu Tuhan adalah penting dalam hidup kita. Besarkan Akhirat itu penting, supaya apa pun ujian, kita tidak terjejas. Apapun ujian sama ada positif atau negatif, tidak mengubah kita, tetap Tuhan tujuan kita, kita tidak akan berubah.

Bahkan orang yang takut dan cinta Tuhan, kalau dia senang, misalnya dia jadi raja, banyak harta maka banyak kebaikan yang dia boleh buat seperti sedekah, tolong orang, bantu orang, selamatkan orang.

Tapi kalau orang miskin, susah, sakit, menderita, kalau dia takut dan cinta Tuhan, pahalanya lain. Kalau nikmat dia tidak dapat, kalau dia redha maka dia dapat pahala sabar. Kalau sabar apa kata Tuhan:

Maksudnya: “Kalau sabar, aku bagi hadiah tidak berkira, bighairi hisab.” (Zumar: 10)

Maka sudah kalah orang kaya. Orang miskin bila nampak ada orang jual durian, tetapi dia tidak boleh beli hingga tercicir air liur, maka Tuhan ampunkan dosanya. Itulah rahmat Tuhan. Kalau orang miskin teringin beli durian tetapi tidak boleh beli, maka itu adalah penghapusan dosa. Maha Adilnya Tuhan.

Selama ini kita selalu persoalkan Tuhan. Sebenarnya apa yang Tuhan buatkan sudah adil. Para Rasul adalah orang yang paling kenal Tuhan dan kenal kerja Tuhan, apa pun Tuhan buatkan pada dia, Ilia faham bahawa itu adalah keadilan Tuhan. Rasul-rasul sejak lahir sudah diuji tetapi tidak pernah susah hati. Contohnya, Nabi Ibrahim lahir di gua, Nabi Musa waktu bayi lagi dihanyutkan di sungai Nil.

Bahkan ada di antara kita beribadah kerana hendak pahala banyak tetapi mendapat lebih banyak pahala dengan tidak ibadah. Ada orang hendak pahala banyak lalu beribadah banyak, yang lain pula hendak pahala banyak tetapi ibadahnya tidak banyak. Biasanya orang yang hendak banyak pahala, dia akan banyak bersolat dan berpuasa, tetapi pahalanya tidak banyak. Sebenarnya pahala yang banyak adalah apabila sakit. Bila sakit selalu, itu dianggap banyak bersembahyang dan berpuasa. Sebab itu para Rasul sakit pun tidak merasa susah. Bagi mereka perkara itu adalah kerja Tuhan.

Untuk dapat pahala banyak, apakah kita larat sembahyang 1000 rakaat? Jadi kalau sakit panjang hendaklah redha. Itu kalau orang faham kerja Tuhan. Jadi bagi orang yang faham kerja Tuhan, bila ditimpa sakit, dia sabar, redha, kerana di situ lebih banyak pahalanya.

Bila orang miskin nampak makanan yang banyak tetapi tidak boleh beli kerana tidak mampu, di situlah keampunan Tuhan. Selalunya kita kata, “Kenapa Tuhan buat begini?” Isteri menyakitkan kita itu pahala. Tuhan buat itu untuk bagi pahala. Lebih baik isteri meragam dan redha dengannya. Lain kali kalau isteri celupar mulut, kita kata elok-elok, nanti pahala di catit. Bila dia berhenti rugilah, “Cakap lagilah jangan berhenti lagi, ini income aku.” Lama-lama isteri malu sendiri. Kalau kita faham kerja Tuhan, kita akan seronok dengan Tuhan.

Sekian.

Sumber : IkhwanToday

Categories: Dari Media | Tinggalkan komen

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya
kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni
Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan
isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan
kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan
makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada
pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si
pengemis
buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah
seorang
dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup
melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu. ..

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.. ..macam meter taxi…jalan terus.

Sadaqah Jariah – Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, Anda dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do’a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas,
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn… 


 

Categories: Dari Emel | Tinggalkan komen

MIRACLE OF QURAAN-TAPPA CHABUTRA HYDERABAD-INDIA-(MUST SEE) AS RECEIVE

In a House of one Mr.Md.Farooq R/O of Tappachabutra,Hyderabad Termite eat up a 100 years of old Quraan..All the cover was damaged and box was

damaged and even the Urdu Translation was damaged but the termite did not tuoch the Arabic words of Holy Quraan.This shows that the words of

almighty ALLAH are always presevedby almighty ALLAH even the termight did not damaged the arabic verses.

****

Kebesaran AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. :-

 

Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI – ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN

yg berusia 100 tahun….keseluruhan kulit naskah Al Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI – ANAI termasuklah ‘TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU’….. APA YANG MENAKJUBKAN ialah….anai-anai tersebut LANGSUNG TIDAK MENYENTUH ‘HURUF-HURUF ASAL AL-QUR’AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB’…….SUBHANALLAAAH !!!!!!

 

 

Categories: Dari Emel | Tinggalkan komen

ADA PEMIMPIN YANG MEMIMPIN (MURSYID)

Ada Pemimpin Yang Memimpin (Mursyid)

Mesti ada seorang pemimpin yang boleh memimpin di bidang
ilmu, di bidang akal dan hati, sama ada yang lahir mahupun
yang batin dan dalam semua hal hingga hidup kita ini boleh
tertuju kepada Allah.

Dalam Islam, pemimpin yang boleh memimpin hidup kita
itulah yang dikatakan mursyid. Istilah mursyid adalah dari
perkataan mursyidun, maknanya orang yang memimpin. Wajib
bagi setiap orang ada pemimpin yang memimpin dirinya, tidak
kira sama ada dia ulama, ustaz, hafiz, pakar Islam atau muallim.

Lebih-lebih lagilah orang awam yang kurang ilmu dan kurang
faham tentang Islam. Orang yang memimpin (mursyidun), dia
tidak sama dengan muallim. Juga dia tidak sama dengan ustaz
atau guru. Sebab muallim itu hanya memberi ilmu. Mereka
hanya memandang yang luaran. Tetapi mursyid yang boleh
memimpin, Allah memang beri kepadanya ilmu-ilmu yang luar
biasa. Ada ilmu lahir dan batin. Bukan saja dia boleh memimpin
akal orang tetapi hati (roh) orang juga boleh dipimpinnya,
walaupun mursyid itu seorang yang tidak hafal Quran dan tidak
hafal Hadis. Sebab itu sebagaimana alim pun seseorang itu, dia
mesti ada seorang pemimpin atau mursyid.

Kita lihat di mana-mana orang menyebut, “Dia itu muallim
saya”, “Itu guru saya”, tetapi mengapa tidak dikatakan, “Dia itu
pemimpin atau mursyid saya.” Memang pemimpin dan mursyid
itu susah dicari. Apatah lagi di zaman sekarang yang sudah jauh
dari zaman Rasulullah. Orang yang layak menjadi mursyid
hanya bilangan jari sahaja tetapi guru yang memberi ilmu atau
muallim atau ustaz, ini ramai.

Sebab itu mursyid kurang popular dan jarang disebut dalam
kehidupan sehari-hari. Orang selalu sebut muallim, guru atau
cikgu. Imam Ghazali r.a. berkata, “Untuk mencari seorang yang
mursyid macam mencari belerang merah.”

Ini menunjukkan bagaimana susahnya hendak mencari
belerang merah, begitulah susahnya untuk mencari mursyid.
Sebab itu, pemimpin atau mursyid sudah tidak wujud lagi di
kalangan umat Islam hari ini. Maka umat Islam berjuang hanya
main-main akal, beribadah main suka hati, bertindak pula main
sembrono, tidak diukur cara ilmu lagi. Jadi kita perlu ada guru
yang mursyid, yang boleh memimpin ilmu dan amalan kita,
yang memimpin lahir dan batin kita. Guru mursyid ini menjadi
tempat kita merujuk walau dalam perkara kecil sekalipun.

Tetapi di sinilah ramai yang tidak faham termasuk alim ulama.
Sesetengah mereka berkata, “Kalaulah kita sudah berguru
di satu tempat, janganlah lagi kita berguru di tempat lain.”

Ini satu kesilapan dan fahaman yang salah. Sebenarnya guru
mursyid sahaja yang tidak boleh ramai. Guru mursyid mesti
seorang sahaja. Tetapi kalau muallim atau guru sumber ilmu,
lebih ramai lebih baik kerana lebih banyak saluran untuk dapat
ilmu. Kalau ada tiga puluh orang guru, ada tiga puluh saluran.

Imam Ghazali r.h. ada 1000 orang gurunya. Guru pimpinan, guru
mursyid, tempat rujuk dalam semua hal hanya seorang sahaja.
Dalam sebarang hal mesti dirujuk kepadanya termasuklah
dalam perkara yang harus. Walaupun perkara itu harus dalam
syariat, tetapi untuk mendapat berkat mesti bertanya kepadanya.
Lebih-lebih lagi kalaulah ia sudah jadi arahannya maka
wajib ditaati.

Katalah mursyid mengarahkan Si A supaya berpindah. Hukumnya
harus sahaja dalam ajaran Islam. Tetapi apabila diarah
oleh mursyid, berdosa Si A kalau tidak berpindah. Setiap arahannya
menjadi wajib aradhi atau wajib mendatang sebab mentaati
pemimpin adalah wajib. Contoh yang lain ialah arahan menghadiri
majlis usrah, majlis tahlil, tukar kerja dan arahan kahwin.

Walaupun semua ini perkara harus dan sunat tetapi kerana
pemimpin yang suruh, maka wajib ditaati. Di sinilah banyak
silapnya para pejuang sekarang. Mereka sudah ada jemaah
tetapi bila ada masalah dalam jemaah, dia tidak rujuk kepada
mursyid. Malahan dia rujuk kepada ulama di luar jemaah atau
kepada dukun. Akhirnya rosak keyakinannya.

Jadi setiap orang yang ingin membaiki dirinya mesti ada
mursyid yang akan memimpinnya sekalipun dia ulama, ustaz,
orang alim, hafaz Al Quran dan pakar Hadis. Kenapa? Dalam
ajaran Islam ini ada ilmu yang datang dari akal, ada ilmu yang
datang dari hati. Ada yang lahir ada yang batin. Ada yang tersirat
dan ada yang tersurat. Belum tentu seseorang itu diberi ilmu
yang tersirat. Bukan semua orang diberi ilmu-ilmu hati. Oleh
itu, walau ulama pakar macam mana sekali pun kena ada guru
yang memimpinnya.

Di sinilah ramai orang silap faham. Terutamanya para ulama.
Kerana hati mereka berkata, “Saya dah jadi ulama, saya dah jadi
alim, saya dah jadi profesor, dah jadi pensyarah, apa perlu pimpinan?
Saya boleh pimpin diri saya sendiri. Buat apa bersandar
pada orang lain?”

Begitulah tabiat ulama sekarang. Sebab itu mana ada ulama
di akhir zaman ini yang ada kesedaran, bertaqwa dan yang baik
dan menyenangkan hati kita. Kenapa? Sebab mereka fikir mereka
tidak perlu dipimpin lagi. Sebab mereka rasa mereka
banyak ilmu dan boleh pimpin diri mereka sendiri.

Akibatnya, kadang-kadang kita lihat orang awam yang tidak
punya ilmu lebih baik lagi amalan dan akhlaknya manakala
ulama hidup lintang-pukang dan merekalah yang sering
menimbulkan masalah dan huru-hara di tengah masyarakat.

Mereka sudah tidak boleh dipimpin oleh manusia lagi. Lebih-lebih
lagi mereka tidak mahu dipimpin oleh guru mursyid.
Orang yang boleh memimpin atau mursyid hanyalah orang
yang pintu hatinya terbuka iaitu yang mempunyai basirah
(pandangan hati). Bukan sekadar akalnya sahaja yang terbuka.

Ramai orang yang akalnya terbuka maka dia boleh menangkap
ilmu tetapi hatinya tertutup. Dia tidak boleh membaca hal-hal
batin, hal-hal hati dan hal-hal rohani seseorang. Dia tidak dapat
melihat sifat-sifat mazmumah dan sifat-sifat mahmudah
seseorang. Lebih-lebih lagi dia tidak dapat mengubat penyakit
hati seseorang. Mursyid itu ialah orang yang hatinya terbuka
luas dan boleh memimpin orang lain. Dia tidak semestinya lebih
alim daripada orang yang dipimpinnya.

Imam Hambali umpamanya dia tidak disebut sebagai ahli
tasawuf sebab dia tidak mengarang kitab tasawuf sebaliknya
hanya mengarang kitab ilmu-ilmu lahir sahaja. Tetapi yang
sebenarnya dia juga alim dalam ilmu batin (kerana semua imam
mazhab itu adalah mursyid dan pakar tasawuf). Dia tahu dan
mengamalkannya. Imam Hambali dan imam-imam mazhab
yang lain adalah orang-orang yang terpimpin dan mampu
memimpin. Tambahan pada itu, menurut riwayat, Imam
Hambali selalu merujuk kepada ulama-ulama, menziarahi
Bisyru al Hafi, sering menziarahi ahli-ahli sufi di hujung negeri
Baghdad.

Guru mursyid itu mampu memimpin manusia kerana kelebihan
yang ada pada dirinya. Dia lebih tahu tentang kecacatan
dan kelemahan muridnya, tentang lahir dan batin muridnya,
dia nampak dan boleh membaca hal-hal yang halus yang ada
pada hati-hati muridnya. Dia nampak dan boleh tunjuk kelemahan
muridnya dan boleh mendidik dan menunjuk ajar
mereka. Cara ini sangat berkesan malahan lebih berkesan dari
latihan-latihan yang lain dalam usaha untuk membaiki diri.

Mursyid bukan ulama biasa. Setiap mursyid itu ulama tetapi
bukan setiap ulama itu mursyid. Mursyid ialah orang yang di
samping mempunyai ilmu lahir, dia dianugerahkan pula oleh
Tuhan dengan ilmu batin atau ilmu laduni, ilmu ilham, ilmu
hikmah serta ilmu firasat hingga dia sungguh faham tentang soal
perjalanan roh atau hati dan tentang penyakit-penyakit dan
kelebihan-kelebihan hati. Dia mampu untuk memimpin, mendidik
dan menunjuk ajar manusia dalam usaha mereka untuk
memperbaiki diri dan menyucikan hati.

Mursyid adalah guru rohaniah yang telah terlebih dahulu
mengamalkan ilmunya dan menyucikan hatinya. Justeru itu, dia
mempunyai kelebihan-kelebihan rohaniah yang biasa dimiliki
oleh orang-orang yang telah membersihkan dan menyucikan
hati mereka. Disebabkan hatinya bersih, dia boleh menyelami
hati-hati orang lain.

Jadi setiap orang mesti mencari seorang guru mursyid untuk
memimpin dirinya walaupun dia alim. Lahir batinnya perlu
diserah kepada guru mursyid. Ini adalah satu dari syarat untuk
mendapat taqwa.

Categories: Minda AFT | 1 Komen

AKU INGIN BELAJAR DENGAN DIRIKU SENDIRI

Tuhan, aku ingin belajar dengan diriku sendiri,
Ajarkanlah aku agar aku dapat ilmu dari kejadianku ini,
Aku kaji diri lahirku, aku renung diri batinku,
Aku nilai akal fikiranku, kekuatannya, bagaimana ia mendapatkan ilmu,bagaimana ia memproses ilmu,
Cara mana dia menyimpan ilmu dan maklumat yang didapati dan bagaimana ia mengeluarkan ilmu dan maklumat itu,
Waktu bila ia terangsang menerima ilmu dan maklumat dari yang dilihat,didengar, disentuh dan dirasa,
Ketika bila pula ia terangsang mengeluarkan ilmu dan maklumat yang tersimpan itu,
Kemudian aku belajar perjalanan nafsu dan peranannya, kehendak-kehendaknya bila ia merangsang, akibatnya, baik buruknya dan kesannya,
Aku kaji juga hatiku atau jiwaku, perasaan yang mendatang silih berganti selalu peranannya dan kesannya,
Aku kaji jasad lahirku, keadaannya, peranannya, waktu sakit, waktu sihat,
Tuhanku rupanya setiap kejadian yang berlaku pada diriku lahir dan batin, ada hikmah yang tersembunyi,
Segala-galanya yang terjadi adalah didikan bagiku,
Samada yang berlaku itu nampaknya positif mahupun negatif,
ada rahsia yang tersirat ia sungguh seni,
Aku nilai dengan basirahku secara halus dan teliti semuanya baik bagiku,
Lantas aku faham dan mengerti mengapa Engkau lakukan kepadaku,
Adakalanya aku senang, adakalanya aku susah,
Ada ketikanya aku sihat ada waktunya aku sakit,
Adakalanya badanku letih ada waktu badanku gagah dan cergas,
Aku kaji perjalanan hatiku selalu, perasaannya silih berganti,
Ada masa aku miskin ada masa tiba-tiba aku kaya,
Dan berbagai-bagai lagi keadaan yang berlaku pada silih berganti terutama perasaan hati,
Adakalanya aku sedih adakalanya aku gembira,
Adakalanya aku benci adakalanya aku suka,
Adakalanya hatiku resah gelisah, adakalanya hatiku tenang dan senang,
Adakalanya hatiku rasa marah adakalanya hatiku rasa lapang dada,
Adakalanya hatiku rasa jijik, adakalanya hatiku rasa biasa sahaja,
Adakalanya hatiku pilu adakalanya hatiku riang dan ceria,
Adakalanya hatiku rasa malu adakalanya biasa sahaja,
Adakalanya aku rasa takut ada ketikanya aku rasa berani,
Adakalanya hatiku rasa curiga adakalanya hatiku rasa percaya,
Di sini sungguh banyak ilmu yang aku dapat, di sini sungguh banyak rahsia diriku dari-Mu yang aku gali,
Rupanya sifat yang sering berubah pada diriku itu menyedarkan aku,bahawa aku adalah hamba-Mu,
Kerana sifat hamba atau makhluk adalah berubah-ubah selalu,
Di sini aku faham lagi bahawa sifat hamba itu tidak sempurna sentiasa baru,

Rupanya aku hamba-Mu menerima ketentuan dari-Mu,
Sungguh Engkau Maha Pentadbir termasuk diriku,
Aku faham lagi bahawa aku lemah, hamba memanglah lemah, agar aku selalu bergantung dengan-Mu,
Dan seterusnya aku faham apa yang berlaku kepada diriku bukan kehendak aku,
Rupanya segala-galanya yang berlaku pada diriku adalah kehendak-Mu,
Di sini menunjukkan kelemahanku lagi bahawa sedikit pun aku tidak ada kuasa pada diriku walaupun sebesar habuk atau sebesar debu,
Kuasa-Mulah sepenuhnya yang berlaku pada diriku tidak campurtangan sedikit dariku,
Kehendak-kehendak-Mulah yang terjadi ke atas diriku,
Menjadikan aku takut kepada-Mu, rupanya takut aku itu kepada-Mu itulah yang Engkau mahu,
Aku renung lagi kejadian yang berlaku kepada diriku apakah rahsianya kejadian itu,
Rupanya di waktu susah dan berlaku bala, agar aku sabar supaya aku dapat pahala sabar,
Di masa-masa yang lain aku senang, sihat, kaya, agar aku bersyukur supaya aku dapat pahala syukur,
Itulah yang Engkau mahu dariku,
Supaya aku dapat kekalkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan,
Hikmah yang lain aku dapat faham supaya aku tidak sombong, tidak riyak, tidak megah, tidak bakhil, tidak tamak,
Sifat-sifat itu adalah Engkau benci,
Aku faham agar aku tidak di dalam kemurkaan-Mu,
Begitulah yang aku faham, terima kasih Tuhan, Engkau beri aku faham tentang diriku,
Setelah aku kaji, renung, analisa diriku lahir dan batinnya sungguh banyak ilmu yang aku dapat dari diriku ini,
Sungguh ajaib dan menghairankanku,
Di dalam diriku ada berbagai ilmu, bahkan lautan ilmu, ada ilmu hikmah, ada ilmu tauhid, ada ilmu syariat, ada ilmu tasawuf, ada ilmu akhlak,
Ada ilmu yang tersurat, ada ilmu yang tersirat, ada ilmu falsafah, ada ilmu manusia, ada ilmu saikologi, ada ilmu biologi,
Ada benih baik, ada benih buruk, terpulang kepada kita yang mana kita hendak suburkan,
Patutlah Tuhan mengingatkan kita di dalam satu ayat Al Quran yang berbunyi:
“Di dalam diri kamu apakah kamu tidak menganalisanya.”
Hadis juga ada berkata:
“Barangsiapa mengenal dirinya nescaya dia mengenal Tuhannya.”
Ertinya kalau kita perhatikan tentang diri kita sendiri,
Kita akan mendapat berbagai-bagai ilmu, kita akan takut Tuhan,kita akan cinta kepada-Nya, kita akan sentiasa rasa bertuhan, kita akan rasa kehambaan,
Kita akan mendapat sifat taqwa,
Sifat taqwa adalah bekalan kita ke Akhirat,
Itulah dia keselamatan kita dunia Akhirat,
Rupanya di dalam diri kita penuh dengan lautan ilmu kalau kita perhatikan,
Maha Suci Engkau Tuhan, Maha Besar Engkau, sungguh berkuasa Engkau

Categories: Sajak | Tinggalkan komen

Sembahyang Titik Tolak Segalanya

Kebaikan seseorang hamba itu,
Bermula daripada membaikkan sembahyangnya,
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya,
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya,
Khusyuk, khuduk, tadharuk dan faham apa yang dibaca,
Selepas itu rahmat dan berkat daripada Tuhan
pun mencurah-curah,
Dianugerahkan kepadanya,
Allah Taala akan bersihkan jiwanya,
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya,
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah,
bertimbang rasa, sabar, redha, tawakal,
pemaaf pun berbunga,
Kelihatan pula kepada peribadinya syariatnya sangat dijaga,
Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara,
Kerana itu betulkan sembahyang kita,
Hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya,
Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan
tanpa sembahyang,
Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang,
Sembahyang adalah ibu ibadah,
Sembahyang adalah sumber segala kebaikan,
Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian,
Apabila baik sembahyang segala-galanya akan menjadi baik,
Jika sembahyang sudah dicuaikan,
Atau bersembahyang tidak ada penghayatan,
Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup,
Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan
tanpa sembahyang,
Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman,
Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan,
Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang.

%%%%%

كبايكن سساورڠ همبا ايت،
برمولا درڤد ممبأيقكن سمبهيڠڽ،
دري سمبهيڠله تيتيق تولق سڬالا-ڬالنيا،
اڤابيلا سمبهيڠ ايت سمڤورنا لاهير باطينڽ،
خشوق، خدوق، تدهاروق دان فهم اڤ يڠ دباچ،
سلڤس ايت رحمة دان بركت درڤد توهن
ڤون منچوره-چوره،
دأنوڬرهكن كڤداڽ،
الله تعالى اكن برسيهكن جيواڽ،
توهن اكن ماسوقكن هدايه ك دالم هاتيڽ،
چينتا، تاكوت، كاسيه سايڠ، ڤموره،
برتيمبڠ راس، صبر، رضا، توكل،
ڤمااف ڤون بربوڠا،
كليهاتن ڤولا كڤد ڤريباديڽ شريعةڽ ساڠت دجاڬ،
اخلاق ملياڽ، ديسيڤلين ڤريباديڽ كتارا،
كران ايت بتولكن سمبهيڠ كيت،
حياتي سمبهيڠ هيڠڬ كيت تراس بهاوا كيت مڽمبه-ڽ،
جاڠنله كيت اڠڬڤ جيوا بوليه دبرسيهكن
تنڤا سمبهيڠ،
اتاو بوليه جيوا كيت دمورنيكن دڠن سمبهيڠ يڠ لبيه كورڠ،
سمبهيڠ اداله ايبو عباده،
سمبهيڠ اداله سومبر سڬالا كبايكن،
د دالم اسلام سمبهيڠ ساڠت دأمبيل ڤرهاتين،
اڤابيلا باءيق سمبهيڠ سڬالا-ڬالنيا اكن منجادي باءيق،
جك سمبهيڠ سوده دچوايكن،
اتاو برسمبهيڠ تيدق اد ڤڠحياتن،
مك سلوروه ڤينتو كبايكن اكن ترتوتوڤ،
كالاو اد جوڬ اورڠ بوليه بوات كبايكن
تنڤا سمبهيڠ،
اين اداله كبايكن بوكن برتونجڠكن ايمان،
بوليه جادي كبايكن ايت سچارا كبتولن اتاو ايكوت-ايكوتن،
هارڤله دأمبيل ڤرهاتين تنتڠ سمبهيڠ.

Categories: Minda AFT | Tinggalkan komen

Perjuangan Itu Sulit

Global Ikhwan Bus

Gambar-Bas Eksekutif 2 Tingkat milik Global Ikhwan Sdn Bhd.

Perjuangan itu sulit. Pahit dan sakit. Terpulas dan terhimpit. Mata nampak begitu. Tapi hati ini, itulah hiburan dan kebahagiaan. Seronok dan indah, kerana menunggu kemanisannya dihujung nanti. Di Akhirat sana. Mengikut janji Tuhanku. Janji itu pasti ditepati. Membuat kerja sendiri, sakit dalam terhibur

%%%%%%%%%

ڤرجواڠن ايت سوليت. ڤاهيت دان ساكيت. ترڤولس دان ترهيمڤيت. مات نمڤق بڬيتو. تاڤي هاتي اين، ايتله هيبورن دان كبهاڬيءن. سرونوك دان اينده، كران منوڠڬو كمانيسنڽ دهوجوڠ ننتي. د اخيرة سان. مڠيكوت جنجي توهنكو. جنجي ايت ڤستي دتڤتي. ممبوات كرجا سنديري، ساكيت دالم ترهيبور

Categories: Minda AFT | Tinggalkan komen

Create a free website or blog at WordPress.com.