Diriku Yang Berdosa

 

 

Alhamdulillah…segala puji bagi Mu ya Allah ya Tuhanku yang tidak pernah setiap sesuatu terlepas dari pandangan dan kawalanMu. Engkaulah segalanya-galanya. Engkaulah yang menghidup dan mematikan aku. Engkaulah sumber rezki ku. Engkaulah sumber ketenangan ku. Engkaulah aspirasi terbesar buatku. MengingatiMu aku rasa tenang sekali jika masa itu Engkau menganugerahkan aku kekuatan mentaati Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku Engkau jadikanlah laman blog ini laman yang penuh barokah dan limpahan kasih sayangMu untukku dan untuk pengunjung laman ini juga. Tanpa kasih sayangMu kami tak mampu hidup wahai Tuhan. Bahkan tanpa kasih sayangMu kami akan binasa.

Jika ada pahala dari usahaku ini makan kesemuanya aku sedekahkan kepada kedua ibu-bapaku yang banyak jasanya padaku, kepada guruku yang tidak jemu-jemu mendidikku dan kepada semua mukmin mukminah samada yang masih hidup ataupun yang telahpun kembali menghadapMu.

Ya Allah aku bertaubat kepada Mu atas dosa-dosaku yang amat banyak itu. Engkau terimalah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku. Hidupkanlah aku dalam keimanan dan matikanlah aku juga dalam keimanan.

Ampunkanlah dosa-dosa ibu bapaku sepertimana Engkau mengampuni dosa oarang-orang yang bertaubat Ya Tuhan. Ameen.

2 Komen

2 thoughts on “Diriku Yang Berdosa

  1. Assalamu’alaikum..

    Salam ziarah dan silaturrahim. Semoga sentiasa dlm Rahmat Allah.

    Wassalam

  2. rani

    SubhanaAllah…………
    q amt sangat terharu ttg ksh nabi musa d bukit sina.
    Itu semua baru ak sadari stlh ak iku ESQ kmeren…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: