Amalan Di Hari Raya

Amalan Di Hari Raya

12 10 2007

Di hari raya ini Marilah kita mengenangkan

Apakah ibadah kita Sebulan yang lepas diterima

Marilah kita menginsafi akan diri sendiri

Apakah amalan kita Yang telah dibuat diterima

Di pagi raya ini marilah kita bertaubat

Kerana kekurangan amalan Di sepanjang Ramadhan 

Juga kerana dosa-dosa yang dilakukan

Moga-moga dosa-dosa itu Diampunkan oleh Allah

Di hari raya ini Marilah kita mengenangkan

Adanya manusia Yang tidak dapat bergembira

Kerana kemiskinan Yang hidup dilanda kesusahan 

Marilah kita membantu Dan marilah kita menolongnya

Di hari raya ini Marilah ziarahi sanak saudara

Sahabat handai, guru dan ibu bapa

Bermaafan kita sesama kita

Agar dosa sesama kita selesai di dunia

Di hari raya ini

Janganlah berfoya-foya

Kerana ia melalaikan

Kita dengan kemungkaran

Kelalaian boleh mendatangkan

Dosa dan juga kesusahan

Dosa-dosa itu merosakkan

Kebaikan yang kita lakukan

Categories: Panduan | Tinggalkan komen

Navigasi kiriman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: