Siapakah Yang Layak Berhari Raya

Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali di mana kekuatannya dan kelemahannya
Tuhan tahu bagaimana menguatkan yg lemah dan bagaimana menyuburkan yg kuat
Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka, dan di mana kejahatan mereka
Memang Tuhan ada bekalkan manusia ada benih baik ada benih jahat
Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat
Hatilah wadahnya yg boleh menerima kebaikan dan kejahatan
Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan berbagai2 ajaran dan cabaran
Cabaran itu seperti sekatan hidup, sibuk dgn kerja, berhadapan dgn kerenah manusia
Berlaku juga ujian2 yg mendadak, kemalangan yg tidak disangka, melihat, mendengar perkara yg merosakkan

Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini memberi kesan yg negatif kepada jiwa kebanyakan orang
Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan
Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka, bahkan bertambah kuat dengan Tuhan
Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya Tuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan

Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan
Kerosakan manusia setahun hanya sebulan
Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan
Seperti kereta yg sudah lama dipakai, banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul
Overhaullah caranya membaikpulihkan kereta yang perjalanannya sudah tidak berapa betul
Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya, sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan
Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan dia ntara satu sama lain kuat menguatkan
Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh, disusul dgn membaca Al-Quran
Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan, zikir, tasbih, tahmid, salawat, tafakur
digalakkan bersedekah dan pemurah, perbualan yg menambah kesedaran
Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu menentukan didikan

Ramadhan berkesan atau tidak bekesan
Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa, didikan sembahyang
Ditambah lagi didikan Al-Quran dan lain-lain lagi tambahannya
Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa, memaksa membuat yang disuruh, memaksa meninggalkan larangan
Larangan itu sama ada yg lahir mahupun yg batin kenalah tinggalkan
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa , membencikan, menjemukan, meletihkan
Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan, atau buat tanpa kesungguhan
Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yg menggalakkan,
Pemangkin ialah puasa yg hati dan fikirannya puasa, sembahyang yg dapat dihayati, didikan Al Quran yg difaham dan dijiwai

Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan dan menajamkan rasa bertuhan
Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira, ada amaran, ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan
Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba, rasa timbang rasa, menyedarkan dan menginsafkan
Daripada 3 pakej didikan yg utama itulah menjadikan pemangkin menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa, meneguhkan keyakinan
Apabila jiwa kuat, jiwa subur mujahadah pun kuat

Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan drpd 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan
Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa
Ertinya manusia yg dioverhaul di bulan Ramadhan mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya Lahirlah manusia yg luar biasa, iaitu manusia yg benar2 rasa kehambaan
Manusia yg tawadhuk sabar, redha, berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah, kerjasama
Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental
Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi
Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad, dendam, gila puji, gila nama, mati

Inilah dia orang yg menang dan berjaya didikan Ramadhan
Selepas Ramadham manusia itu kembali suci spt fitrahnya yg semulajadi
Orang ini sahajalah yg layak berhari raya
Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya hari raya namanya
Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni
Kalau fitrah yg suci murni ini kekal sepanjang tahun, Ramadhan yg akan datang hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul
Begitulah didikan Ramadhan ramai org yg gagal, sedikit sgt yg berjaya

Categories: Ramadhan | Tinggalkan komen

Navigasi kiriman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: