Akibat Terlebih Makan

Ibnu Khafif sangat mengambil berat mengenai kadar makanan dan
minumannya. Walaupun dia seorang hartawan yang banyak bersedekah,
namun dirinya sendiri hanya makan sedikit sahaja. Untuk sehari
semalam, Ibnu Khafif hanya makan tujuh biji anggur kering (kismis),
tidak lebih daripada itu.

Pada suatu malam, pembantunya telah menyediakan lapan biji anggur
kering dan telah dimakannya semua oleh Ibnu Khafif, sebab dia tidak
menyedari akan hal itu. Akibatnya, dia tidak mendapatkan kepuasan
dalam beribadah kepada Allah, tidak seperti pada malam-malam
sebelumnya. Dia bingung tidak tahu apa sebabnya. Oleh kerana itu,
dia memanggil pelayannya dan bertanya kalau-kalau ada perkara yang
tidak kena didalam rumahnya.

“Saya telah menghidangkan lapan biji kismis untuk Tuan pada malam
ini.” jawab si pelayan.

“Mengapa?” tanya Ibnu Khafif hairan.

“Kerana saya melihat tubuh Tuan terlalu lemah, saya sangat kasihan
melihatnya. Jadi, saya ingin Tuan lebih sihat sedikit.” jawab si
pelayan.

“Kalau begitu, engkau bukanlah temanku yang setia, malah sebaliknya
engkau adalah musuhku. Kalau engkau kasihan kepadaku, nescaya engkau
akan menghidangkan enam biji kismis saja, bukan lapan.” kata Ibnu
Khafif.

Akibat kesalahan itu, Ibnu Khafif memecat pembantunya yang satu itu
dan menggantikannya dengan pembantu rumah yang lain.

Categories: Kisah Benar | 2 Komen

Navigasi kiriman

2 thoughts on “Akibat Terlebih Makan

  1. banyakkan lagi ler.. cerita-cerita didalam ruangan ini tau ..wassalam….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: