Al-Fatihah Untuk Ayah

 

Aku dedikasikan weblog ini khasnya buat ayahku tercinta yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi pada tanggal 12 Rejab 1428 Hijrah bersamaan 27.07.2007 dalam keheningan waktu subuh yang dingin pagi Jumaat penuh barokah penghulu segala hari.

Hayatnya di dunia ini penuh dengan berbagai kesusahan dan pengorbanan supaya kami anak-anaknya dibela dan di didik supaya berjaya. Jasanya amat besar sekali yang tak termampu aku balasi. Dia dikenali di sekitar kampung kerana dia memang amat mudah ramah dengan siapa sahaja selain ringan tulang untuk membantu orang lain.

Aku masih ingat lagi ketika dia membawaku memboncengi basikalnya dulu. Dia juga berbasikal ke tempat mencari rezeki lebih 20 kilometer jauhnya demi sesuap nasi aku sekeluarga.

Tahun 1934 ayah dilahirkan ke dunia oleh almarhum nenekku. Tahun 2007 dia dijemput kembali ke pangkuan Tuhannya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau cucurilah rahmatMu ke atas ruh ayahku. Tempatkan dia bersama orang-orang yang Engkau cintai, bersama para aulia dan syuhada. Ampunilah dosa ayah sebagaimana Engkau mengampuni dosa-dosa orang-orang yang bertaubat. Kasihilah ayah dan selamatkanlah ayah. Engkau jadikanlah penderitaan sakit yang dia ayah tanggung selama ini menjadi kifarat penebus dosa-dosanya dan tingkatkan darjatnya disisi Mu ya Allah…..

Ya Allah, jika ada pahala dari apa yang aku usahakan ini maka kesemuanya aku sedekahkan kepada Ayah dan Ibuku yang telah berjasa padaku….ameen

Al Fatihah untuk ayah….

Categories: AbuFawwaz | Tinggalkan komen

Navigasi kiriman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: